Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 22, 2022 @ 3:33pm

Panik Dapat Tahu Tunang Kemalangan, Imran Aqil Sempat Mandi Sebelum Sampai Ke Lokasi Kejadian Gara-Gara… 

Tular sebuah perkongsian di TikTok memaparkan rakaman siaran langsung pempengaruh Dahlia Rizal sedang bercerita mengenai tunangnya, penyampai radio Imran Aqil yang panik ketika mengetahui dirinya kemalangan.

Menerusi hantaran tersebut, Imran yang sedang berada di gimnasium ketika dihubungi oleh Dahlia terus panik memintanya untuk memberitahu lokasi kejadian.

“I call Imran. I was like I kena accident. Then Imran was like panik you kat mana? you kat mana? Tell me you kat mana? Pastu I macam kejap-kejap nanti I send location. Dia macam you send location, you send location.

“Member dah gelabah. Member dekat gym. Dia cerita kat I dia tengah angkat berat bila dengar dia terus campak dia punya gym apa semua and then dia sempat mandi. Dia kata takkanlah aku nak busuk-busuk jumpa aku punya tunang,” ceritanya.

Menurut Dahlia, dia lama menanti ketibaan Imran dan tunangnya itu sempat mandi sebelum bergerak ke sana kerana Dahlia lupa menghantar lokasi kejadian.

“Patutlah I waiting for you lama gila. Sempat lagi you mandi. Then he was like, dah you yang tak send location.

“I admit I send lambat sebab kepala I serabut masa itu. I tak boleh buka location dekat WhatApps tu nak tekan location tu tak boleh, serabutlah kepala masa tu,” katanya.

Walaubagaimanapun, di pengakhiran video, Dahlia menceritakan bahawa Imran telah membantunya menyelesaikan segala urusan kemalangan tersebut dan turut menghantarnya pulang ke rumah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu mendengar gelagat comel dan mesra pasangan ini.

“Kenapa aku pilih untuk tengok sampai habis daripada tidur. Now kesenduan amat jeles nyata terang jiwa terseksa,” tulis salah seorang netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Nov 2019

Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL 34), Tiga Mentor Bakal Berentap

Tahniah kepada semua lagu yang terpilih! Buat sehabis baik di Anugerah Juara Lagu 34 nanti ok?

Featured Fri, 16 Dec 2022

Ustaz Wadi Anuar Kongsi Tip Berubah Jadi Baik

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menasihati warganet agar kekal istiqamah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. @thefastabiqulkhairat semangat untuk berubah dan istiqamah🤍 In Shaa Allah🤲🏻 #reminderislamic #ustazwadiannuar #uwa #uwateam #keepistiqomah #selfreminder #reminderforyou #thefastabiqulkhairat #fyp

Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Tue, 11 Oct 2022

[VIDEO] Suntik Eleman Arab, Nafas Baru Lagu ‘Jika’ Versi Nuha Bahrin & Naufal Azrin Direstui Melly Goeslaw

Wowwww, hebatnya Nuha dengan Naufal nii 🤩🤩🤩 Penyanyi asal, Melly Goeslaw pun approved okay!

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ibu Haqiem Rusli Terkilan Kerana…?

Sebagai ibu, Nazrah cuma memberitahu segala keputusan terletak ditangan Haqiem

Trending Sat, 13 Apr 2019

Bas Pekerja Berlumba 12 Nyawa Melayang

12 mayat mangsa kemalangan itu sudah dituntut oleh keluarga, majikan dan kedutaan masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal.

| Live TV