Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2018 @ 5:27am

Pasangan Diraja Ini Pilih ‘Lubuk’ Zika Untuk Bulan Madu?

Rare sungguh…Bulan Madu di tempat peranginan yang menyebabkan virus Zika tular antara lokasi pilihan pasangan diraja ini. Sudah tentu ia menimbulkan kerisauan orang ramai!

Difahamkan, Putera Harry dan Megan Markle yang sudah bersedia memulakan hidup berkeluarga dilaporkan bakal melawat beberapa tempat di Australia dan New Zealand bermula Oktober ini. Ini termasuklah ke Fiji dan Tonga.

Seperti yang kita tahu, Zika boleh menyebabkan komplikasi bagi bayi yang belum lahir dan kini terdapat kebimbangan lawatan itu boleh menjejaskan rancangan mereka untuk mempunyai cahaya mata.

Sumber berkata: “Duke dan Duchess akan mendapat nasihat di peringkat tertinggi sebelum membuat keputusan dan merancang perjalanan.”

Pejabat Luar Negeri menasihati:
“Pasangan harus mengikuti panduan pencegahan penularan seksual Zika dan mengelakkan kehamilan semasa perjalanan dan sehingga enam bulan selepas pulang.”

Ini mungkin membuatkan Meghan, yang mencecah usia 37 tahun pada 4 Ogos ini akan cuba hamil sehingga Mei 2019.

Beberapa sumber telah mencadangkan Meghan mungkin akan melepaskan perjalanan tersebut sekiranya dia hamil sebelum Oktober.

Pejabat Luar Negara juga memberi amaran tentang wabak denggi baru-baru ini di Fiji, menyatakan ‘beberapa kes demam mungkin membawa kematian’.

Sumber berkata: “Setiap langkah berjaga-jaga akan diambil. Kesihatan pasangan diraja secara semulajadi sangat penting.”

Sumber: MirrorUK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Hiburan Thu, 30 May 2019

Meriahkan Raya Korang Dengan Seleksi Lagu Raya Baharu Dari Artis Rocketfuel Entertainment!

Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid.

Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Akhirnya! Pasangan Paling ‘Tertutup’, Deepika- Ranveer Dah Ada Tarikh Kahwin

Dengan restu keluarga, kami gembira untuk berkongsi tarikh perkahwinan telah ditetapkan pada 14 dan 15 November ini.

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

| Live TV