Events By: SGMS Faida July 2, 2018 @ 7:46am

Pecah Rekod! Syed Saddiq Menteri Paling Muda

Wow! Nampaknya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berjaya memecahkan rekod yang pernah dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Di usia 26 tahun, Syed Saddiq dilantik sebagi Menteri Belia dan Sukan sekaligus menjadi Menteri paling muda di Malaysia.

Sebelum ini, rekod pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 33 tahun.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, komitmen dicerminkan kerajaan adalah bukti usaha untuk mengangkat suara anak muda akan terus dihargai.

“Saya baru saja selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai anggota Jemaah Menteri dan bakal menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi penggal ini.

“Saya memanjatkan rasa penuh syukur dan takzim ke hadrat Ilahi atas pelantikan ini.

“Sesungguhnya ia adalah amanah amat berat untuk saya pikul, namun ia berupaya digalas serta percaya kejayaan akan diraih bersama-sama kakitangan Kementerian Belia dan Sukan sebagai satu pasukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed Saddiq juga berjanji akan membela nasib golongan atlet pada masa akan datang.

“ Selain itu, pelbagai dasar dan rancangan untuk belia akan diangkat, selain dijadikan hala tuju Malaysia bagi memastikan golongan muda menjadi peneraju utama agenda pembangunan negara.

 “Kerajaan juga berazam untuk memperjuangkan sukan tempatan secara lebih menyeluruh dan adil, malah Malaysia akan terus menempa kejayaan dalam pelbagai bidang seperti aspek pengurusan, kemudahan dan hal ehwal atlet yang menjulang kejayaan di arena tempatan dan antarabangsa,” akhiri beliau.

Tahniah buat Syed Saddiq, terus berkhidmat dengan cemerlang! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 30 Jun 2022

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Neelofa ambil banyak kelas untuk perbaiki diri dalam penjagaan anak.

Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Events Mon, 30 Jan 2023

Song Joong Ki Umum Kahwin, Katy Louise Saunders Sah Hamil Anak Pertama

tetibe rasa sebak teringat drama DOTS🥲🥲🥲

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Mon, 17 Oct 2022

“Nak Bawa Beg Sekolah Pun Tak Larat” – Almy Nadia Berang Guru Sekolah Anak Suruh Kurus

Alahai… Kesiannya Adrina sayang 🥺 Awak tetap comel di mata Min ok, makan tau ❤️ Belajar rajin rajinnn

Featured Wed, 10 Nov 2021

Pengarah Squid Game Masih Dalam Perbincangan Untuk Kembali Musim Kedua

Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk telah memberi isyarat musim kedua siri popular Netflix itu akan dikeluarkan selepas kejayaan luar biasa drama itu yang mengungguli carta Netflix di 90 buah negara. Menurut temu bual Hwang Dong-hyuk

Hiburan Sat, 5 May 2018

Lee El was Once So Broke, She Could Only Afford a Cup of Tea

It was tough for her before acting in Goblin and Hwayugi.

Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

| Live TV

error: Content is protected !!