Peguam Syamsul Yusof Beri Respons Dakwaan Perceraian Dengan Ira Kazar

Peguam yang pernah mewakili pengarah Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perceraian anak guamnya bersama isteri, Ira Kazar.

Memetik laporan Utusan, dia memberitahu tidak ada menerima sebarang makluman berhubung isu tersebut.

“Jujur saya memang tidak tahu apa-apa. Dari tadi beberapa wartawan ada hubungi saya.

“Tapi saya memang tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” ujarnya yang pernah mewakili bagi kes perceraiannya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana.

Terdahulu, timbul dakwaan bekas madu seorang pelakon popular telah diceraikan melalui WhatsApp oleh suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal.

Susulan ‘hint’ tersebut, netizen mengaitkan nama anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar dan pengarah Syamsul Yusof.

Malah, Kazar juga telah dihubungi untuk mendapatkan kesahihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbul Dakwaan Syamsul Yusof Ceraikan Ira Menerusi WhatsApp, Kazar Saisi Bagi Jawapan Ringkas Beserta Sekeping Foto

Untuk rekod, pasangan sensasi tersebut mengumumkan pernikahan secara mengejut pada 5 Januari tahun ini di Thailand.

Maya Basir