“Pelac*r Betina Kau Pun Tak Tutup Aurat”- Individu Gelar Isteri ‘Pelac*r’, Caprice Beri Masa 24 Jam Untuk Minta Maaf

Selepas berani tampil dengan beberapa bukti pendedahan membabitkan mangsa pendakwah bebas PU Azman, kini penyanyi rap Caprice turut terkena tempiasnya.

Ia selepas ada individu tampil mempersoalkan tindakannya itu dengan isu aurat isterinya.

Malah, individu terbabit juga turut menggelar isteri penyanyi itu dengan gelaran yang kurang sopan.

“Nak pimpin rakyat, pelacur betina kau pun tak tutup aurat,” tulis individu terbabit.

Caprice berkongsi tangkap layar mesej individu itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

Tidak berdiam diri dengan mesej sarkastik yang dihantar, Caprice bagaimanapun memberi masa 24 jam untuk individu tersebut datang dan membuat permohonan maaf didepan isterinya, Farra Inalis Hussni.

“Hang ada 24 jam untuk datang depan isteri saya dan minta maaf Fiey Daus Ishak,” tulisnya diruangan kapsyen.

Sementara itu, isu aurat membabitkan isterinya turut dipertikaikan oleh pendakwah bebas, PU Syed, namun permohonan maaf telahpun dibuat oleh beliau.

“Saya dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika di sana ada unsur-unsur negatif dan menganggu kehidupan  saudara Caprice dan isteri,” jelasnya.

Terdahulu, Caprice dengan lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu gangguan seksual yang berlaku, terutamanya dalam kalangan pendakwah dan golongan yang arif agama.

 

Salma Syahbuddin