Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian  Pendidikan. 

Sehingga semalam, katanya, tawaran khas itu hampir dipenuhi apabila lebih 800 tempat sudah diisi. 

” Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang cemerlang dan layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosio ekonomi mereka,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini. 

Berhubung pengambilan pelajar India ke program matrikulasi, Maszlee berkata, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penambahan pengambilan 700  pelajar pada April lalu. – Bernama.