Featured By: Arfah October 23, 2021 @ 12:42pm

Pelakon Hollywood Alec Baldwin Tertembak Mati Kru Penggambaran

Satu tragedi telah berlaku melibatkan dua orang kru penggambaran di New Mexico setelah Alec Baldwin menembak pistol prop di dalam penggambaran filem bertemakan abad ke-19 barat bertajuk Rust.

Halyna Hutchins, 42, telah terkena tembakan pistol prop yang ditembak oleh Baldwin ketika bekerja sebagai sinematografer untuk filem ini.

Halyna yang cedera parah di perut mati dalam perjalanannya ke hospital menaiki helikopter.

Manakala pengarah filem tersebut, Joel Souza, 48, yang turut terkena peluru tembakan mengalami kecederaan di bahu sebelum dibawa ke hospital.

Jabatan Polis Santa Fe berkata, Baldwin telah datang berjumpa dengan pegawai detektif secara sukarela.

Baldwin kelihatan menangis ketika dia meninggalkan bangunan Jabatan Polis Santa Fe lapor media tempatan.

Pihak polis sedang cuba mengenalpasti jenis peluru yang digunakan di dalam pistol prop tersebut dan kes masih lagi di dalam siasatan, lapor BBC News.

Sementara itu, Baldwin telah mengekspresikan rasa sedih dan dukacitanya terhadap apa yang berlaku di akaun Twitternya malam tadi.

“Tiada perkataan yang boleh menggambarkan rasa terkejut dan sedih dengan tragedi yang telah mengorbankan Halyna Hutchins, seorang isteri, ibu dan rakan sekerja yang amat kami sayangi.

“Saya memberi kerjasama sepenuhnya dengan polis yang menyiasat kes ini untuk mendapatkan punca kejadian,” katanya.

 

 

“Saya telah berhubung dengan suaminya (Halyna) untuk memberikan sokongan kepada dia dan keluarga. Hati saya hancur mengenangkan suami, anak dan kepada sesiapa yang mengenali Halyna,” tambah Baldwin di dalam Twittternya.

 

Baldwin, 63, yang juga merupakan penerbit bersama filem ini membawa watak seorang penjenayah dalam buruan, mempunyai cucu berumur 13 tahun yang disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Set penggambaran Rust dihentikan serta merta untuk memberi laluan penyiasatan dilakukan.

Untuk info, Baldwin telah berada di dalam industri lakonan selama lebih 30 tahun dan antara filem popular yang dilakokannya adalah Beetlejuice, Pearl Harbor dan The Cat in The Hat.

Kredit foto: Jim Weber/ The New Mexican

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

Trending Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Kucing Jadi Petanda, Suami Curang Rupanya!

Anna Rudenok mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, mula curang setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda ‘like’ pada gambar yang dimuat naik pelajar berkenaan di media sosial.

Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Nubhan Dapat Anak Kedua, Tahniah!

Dr Afifah Hidayah Tawfek, Isteri Nubhan Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki yg comel seberat 3.40kg

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

“BUAT APA NAK TOLAK? ORANG MASIH MAHUKAN KHIDMAT SAYA” – FASHA SANDHA

Bagi Fasha, memang masa itu sangat terhad tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya