Hiburan By: Ad Ops July 13, 2018 @ 7:33am

Pelakon kena kreatif! – Syukri Yahaya

Sudah pasti ramai yang mengenali dan menggilai pelakon Andainya Takdir, Syukri Yahaya kan? Tidak dinafikan Syukri merupakan pelakon yang mempunyai identiti sendiri dan berkarisama namun, beliau masih belum berpeluang untuk melakonkan watak yang dapat mencabar diri sekaligus menonjolkan lagi bakatnya. 

Bagaimanapun, bapa kepada Aaira Ameena ini tidak pernah mengeluh walaupun beliau kerap kali melakonkan drama yang mempunyai skrip dan jalan cerita yang hampir sama.

Sebagai pelakon, Syukri ikutkan sahaja apa yang penonton inginkan dan cuba semaksima mungkin untuk menjayakan watak yang dilakonkan.

“Saya tahu ada pelakon yang kata skrip tak bagus. Tapi bagi saya, kit asebagai pelakon kena olah penampilan jadi cantik bila di televisyen. Bukan bergantung kepada skrip 100 peratus. Kita tak  boleh mengeluh kata skrip yang sama sahaja. Memang kalau ikutkan kebanyakan drama jalan cerita yang sama. Penonton yang nak. Kita ikut sahaja. Tak boleh pentingkan diri dan tak boleh perasan sendiri.” Katanya

 

Tambahnya lagi, pelakon sedia-ada perlu menjadi lebih kreatif dalam mengolah watak yang dilakonkan supaya penonton yang melihat tidak berasa bosan.

“Drama dah semakin banyak. Kita tak boleh memilih juga sebab sekarang ini pelakon pun dah ramai. Walaupun skrip yang sama, apa bezanya adalah pelakon dan cara dia membawa watak tersebut. Itu yang kita kena buat suaya penonton nampak kelainan pada watak itu.” Jelasnya

 

Sumber: Instagram @syukriyahaya

Persoalannya, adakah  Syukri Yahaya tampil bersuara kerana sebelum ini  pelakon Aiman Hakim Ridza telah meluahkan kekecewaan dan terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana skrip yang dihasilkan tidak berkualiti serta mempunyai jalan cerita yang hampir sama iaitu berkisahkan cinta. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 3 Oct 2023
Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

Featured Thu, 11 Nov 2021

Bengang Sampai Menggigil Tahan Marah! Wanita Sedih Bila Mekanik Bawa Lari Enjin Kereta

Kisah seorang wanita membuat lawatan mengejut ke bengkel untuk melihat kereta kesayangannya apabila mekanik kereta itu memberikan pelbagai alasan mendapat perhatian. Apa yang mengejutkan, wanita itu tidak menyangka dia melihat bahagian dalam kereta miliknya dilarikan […]

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

《MIB星际战警》外传主角是《雷神3》两大咖

经典电影《MIB星际战警》(Men in Black)确定再拍新作品,而且《雷神3》CP「雷神索尔」克里斯汉斯沃(Chris Hemsworth)、「女武神」泰莎汤普森(Tessa Thompson)再度合体担纲主角。