Hiburan By: SGMS Faida June 13, 2018 @ 4:45am

Pelakon Veteran Siri Baba Nyonya Meninggal Dunia

Masih ingat dengan watak Bibik Kim Neo dalam rancangan Baba Nyonya?

Pelakon veteran itu, Datuk Kenny Chan dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Melaka pada 12 Jun, semalam.

Menurut isteri, Fern Loo, mendiang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

Mendiang yang berusia 68 tahun mempunyai tiga orang anak iaitu Darrick, Allen dan Shalyn.

Terdahulu, siri komedi Baba Nyonya mendapat pengiktirafan Malaysian Book Of Records sebagai siri TV paling lama di negara ini, yang berlangsung dari tahun 1980-an hingga 2000, dengan jumlah keseluruhan 509 episod.

Selepas tayangan sitkom itu berakhir, Chan pernah muncul dalam muzik video Nasi Lemak 2.0 nyanyian Namewee dengan berpakaian seperti dalam watak Baba Nyonya.

Difahamkan, Chan memiliki sebuah restoran yang dinamakan Big Nyonya di Melaka. Restoran itu turut menyajikan masakan peranakan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Dec 2021

Terharu! Warga Malaysia Sedia Bantu Individu Terkesan Banjir, Ada Yang Tawar Rumah Sendiri Sebagai Tempat Berteduh

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di beberapa buah negeri dilanda banjir. Ramai yang terperangkap di rumah, bangunan kerja dan atas jalan raya kerana paras air yang telah menyukarkan perjalanan. Menjengah ke laman […]

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Hiburan Sat, 4 May 2019

Nadia Brian Selamat Bertunang

Pelakon dan model jelita, Nadia Brian, 28, selamat menjadi tunang kepada Mu’izz Nasruddin, 28, di sebuah hotel di sini, hari ini. “Muiz lelaki yang baik, sangat bertanggungjawab dan saya bertuah dapat mengenalinya. “Dia sangat memahami […]

Events Fri, 10 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-4 : #daiTV3 Selami Jiwa Penghuni Tanjung Rambutan

Jurnal Minggu Ke-4 : Membawakan tema Kasih Sayang Dan Kekeluargaan sambil menyelami jiwa dan kehidupan penghuni Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak