Hiburan By: SGMS Faida January 10, 2019 @ 1:36pm

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Belum masuk setahun bergelar duda, pelawak terkenal Indonesia Sule dilaporkan bakal berkahwin semula.

Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna dikhabarkan bercinta dengan pelakon drama Indonesia, Naomi Zaskia dan hubungan mereka mula dihidu oleh media seberang.

Menerusi laman Instagram bapa empat anak ini, dia memuatnaik sekeping gambar memaparkan dirinya sedang mengenggam tangan wanita dengan kapsyen ‘Im so Happy’.

Difahamkan, jam dan gelang itu dikhabarkan milik pelakon Naomi Zaskia.

Walau bagaimanapun, gambar berkenaan telah dipadam selepas beberapa jam kemudian.

Bukan hanya itu, Sule juga sering meninggalkan tanda suka di laman Instagram pelakon kacukan Bali Jerman itu.

Memetik laporan Tribunnews.com, Sule sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada anak-anaknya termasuklah, Rizky Febian yang merupakan penyanyi popular masa kini.

“ Mereka menyokong saya untuk bernikah lagi,” katanya kepada Intens Reborn iNewsTV, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023
LIFESTYLE Sun, 26 May 2019

Padah ‘Microsleep’, Hati-Hati Pulang Ke Kampung Raya Ini

Yang nak pulang ke kampung halaman tu, berhati-hati di jalan raya okay!

Trending Fri, 10 Dec 2021

Kaunter Diskaun Bayar Saman Polis & JPJ Ditutup Serta Merta, Penganjur 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kena Kompaun RM1,000

Dek kerana gagal memastikan penjarakan fizikal serta menjadi penyebab kesesakan di hari pertama acara, penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dikenakan kompaun bernilai RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan […]

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

‘Mustahil Tanpa Awak Saya Sebahagia Ini’- Ucapan Abil Buat Suami Sweet Habis!

You’re more than anything in this world. No one can replace you…

error: Content is protected !!