Pemilik Crackhouse Comedy Club yang telah mencetuskan kontroveri pada Julai lalu telah disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaa di mana-mana premis di tanah air.
Berita tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersepakat untuk membatalkan lesen perniagaan berkuat kuasa pada 30 Julai lalu.
“Malah kita juga mengambil keputusan untuk menyenari hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.
“Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,’ ujarnya.
Susulan itu, heboh di media sosial mengenai keputusan tersebut di serata media sosial menerusi ciapan yang dimuat naik di akuan wartawan Mohd Redzuan.
DBKL batal lesen perniagaan Crackhouse Comedy Club berkuat kuasa 31 Julai 2022.
Pemiliknya pula disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di KL : Timbalan Menteri pic.twitter.com/Yqokfb7nmv
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) August 17, 2022
Rata-rata netizen seakan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tersebut yang dianggap tidak wajar kerana menurut mereka pemilik Crackhouse tidak bersalah dalam hal ini.
Jelas netizen, individu yang sepatutnya menerima padah yang lebih parah adalah wanita bernama Siti Nuramira atas tindakannya yang membuat kecoh dengan membuat lawak jenaka mempersendakan agama.
Segelintir daripada mereka turut berkata perkara ini sangat tidak adil kepada pemilik Crackhouse kerana dipercayai banyak membantu pelawak-pelawak untuk mencari nafkah.
Terdahulu, hangat menjadi perbualan netizen selepas sebuah video berdurasi 54 saat memaparkan Siti Nuramira, 26, telah mencalarkan agama Islam dan maruah wanita kerana bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di kelab komedi CrackHouse.
Wanita yang turut mendakwa penghafaz 15 juzuk ayat suci Al-Quran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni menggunakan agama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kekasihnya, Alexander Navin, 38, turut didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan memuat naik konten jelik di media sosial pada hari sama.
Memetik laporan Kosmo, wanita tersebut dan teman lelakinya telah dibebaskan dengan membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai di Mahkamah Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI
Artikel Berkaitan: Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok
Artikel Berkaitan: Selepas Digantung, ‘Crackhouse Comedy Club’ Disimbah Cat Merah, Hitam
Artikel Berkaitan: “Roger 7 Boyfriends Tu..” – Pasangan ‘Pelawak’ Minta Dana Awam RM40,000 Untuk Ikat Jamin, Reaksi Caprice Sangat Win!
Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!
Sumber: Berita Harian, Twitter Mohd Redzuan