Hiburan By: Khairil Khusyairi September 15, 2022 @ 7:14pm

Peminat Indonesia Pelik Kenapa Netizen Malaysia Anggap Baby Shima ‘Over’

Penyanyi sensasi, Baby Shima yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi pasti menjadi tumpuan peminat, bukan sahaja Malaysia malah peminat Indonesia juga.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang kini giat mencipta nama di Indonesia sering mendapat kecaman warganet lebih-lebih lagi netizen Malaysia.

Terbaharu, pelantun lagu Lalai itu ada memuat naik perkongsian mengenai perkembangan kariernya di negara jiran itu di Instagram.

Dalam rakaman video tersebut, Shima dilihat sedang ditemu bual di sebuah stesen radio dengan gembira sekali.

“Makasih Indonesia udah menghargai baby shima,” tulis Shima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Namun di ruangan komen, ada individu meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir netizen Malaysia tentang penerimaan Shima di Indonesia.

Menurut individu tersebut, Shima sudah berjaya mencipta nama di negara jiran sedangkan ramai lagi artis Malaysia mencuba nasib untuk popular di Indonesia tetapi tidak berjaya.

“Di Indonesia Shima dilihat biasa-biasa saja, tak terlalu berlebihan seperti artis lain yang sering kontroversi di sini. Tapi kenapa di Malaysia dianggap terlalu berlebihan ya.

“Apakah kerana mereka iri atau apa? Banyak artis Malaysia ingin tembus karier di sini, cuma sedikit yang boleh dihitung dengan jari.

“Baby Shima salah satu antara orang Malaysia yang popular di Indonesia,” tulis individu berkenaan.

Sumber: IG babyshimaofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Bekas Kekasih Meninggal Di Indonesia, Hafiz Hamidun Tak Serik Nak Kahwin

Inalillah.. InsyaAllah ada jodoh buat Hafiz Hamidun nanti

Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Featured Tue, 27 Sep 2022

Perkongsian Mizz Nina Buka Hati Avaa Vanja Untuk Berhijab

Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah 🤲🏼

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Jangan ‘bawa mulut’ Si Bayi Pipi Merah Belum Melihat Dunia!

Penyanyi ‘Jerat Percintaan’ ini ternyata masih belum bersalin walau pun kini Mac hampir berakhir.

Featured Thu, 19 May 2022

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Johan & Isteri sememangnya pasangan selebriti yang bagus kan.. Mungkin ini rahsia kejayaan Johan