Ternyata aura trio bersaudara ini masih kuat! Pengumuman tiga beradik popular, KRU untuk membubarkan kumpulan ini setelah 25 tahun bertapak di dalam industri ternyata sukar diterima oleh pengikut tegar mereka…
Buktinya, Konsert Gergasi KRU yang berlangsung bermula semalam di Istana mendapat sambutan cukup luar biasa!
Dalam pada itu, Datuk Norman Abdul Halim memberitahu ramai peminat yang cuba pujuk mereka untuk batalkan hasrat…
“Ada yang berjumpa dan tak kurang juga menyalurkan kesedihan di laman sosial serta mengirimkan mesej langsung kepada setiap seorang daripada kami.
Namun, masih ramai yang faham situasi ini. KRU sudah jadi satu jenama, jadi biarlah kami berundur dari bidang nyanyian ini kerana sudah tiba masanya berbuat demikian.
“Takkan ketika usia sudah 60 tahun nanti KRU masih menari-nari di pentas. Lagi pun tiada apa lagi yang mahu dikongsi.
“ Perkembangan kerjaya nyanyian trio ini juga sudah lama jauh daripada radar media,” katanya kepada BH Online.
Persembahan mega bersempena jubli perak penubuhan KRU turut disifatkan sebagai konsert selamat tinggal kepada seluruh peminat setia.
“ Sudah pasti rasa sedih membuai jiwa di tengah kerancakan malam apabila mereka sempat mendedahkan, konsert berkenaan memberi makna besar dalam sejarah perjuangan KRU sebelum mengundur diri,” katanya.
Norman memberitahu, beliau berharap konsert Gergasi KRU 25 meninggalkan memori indah bukan hanya untuk peminat, malah terhadap kenangan yang bakal mereka tinggalkan.
“Sebenarnya agak susah untuk kami membuat pilihan kerana terlampau banyak dendangan popular KRU yang mahu disampaikan.
“Susunan lagu untuk konsert di Istana Budaya dan di Singapura sebelum ini berbeza kerana kali ini kami mahu sampaikan seleksi hits KRU saja,” ulas Edry pula.