Peminat Rindu Nak Tengok Berlakon, Abby Abadi Tolak Tawaran Gara-Gara…

Pelakon Abby Abadi memberitahu tidak berminat dengan watak yang ditawarkan untuk kembali berlakon.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, peminatnya menyatakan rasa rindu untuk melihat Abby berlakon.

“Rindu nak tengok Kak Abby berlakon.. bila nak kembali beraksi?,” tanya peminatnya.

Menurut Abby, dia sering mendapat tawaran berlakon sebagai seorang ibu namun dia tidak berminat dengan watak seperti itu.

Malah, dia turut memberi peluang kepada pelakon lain yang punca pendapatan hanya daripada lakonan sahaja.

“Offer asyik jadi mak orang je. Penatlah nak jadi mak orang haha. Takpelah kerja lain banyak.

“Bagi peluang pada mereka-mereka yang cari duit dalam bidang lakonan semata-mata,” ujarnya.

Tambahnya, dia mempunyai pelbagai pilihan untuk meneruskan pendapatan hidupnya.

“Macam kita ada macam-macam pilihan,” katanya lagi.

Selain lakonan, Abby juga aktif dalam bidang keusahawanan dan sering bertandang ke Singapura untuk menyertai karnival jualan di sana.

Maya Basir