Disambut Meriah, Ahmad Dhani Akhirnya Bebas Dari Penjara

Selepas hampir setahun di penjara, penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan, hari ini.

Ahmad Dhani yang berada di Penjara Cipinang Jakarta Timur dilihat meninggalkan penjara Cipinang sekitar jam 9.30 pagi tadi diiringi pegawai penjara.

Memetik laporan Kompas, Ahmad Dhani keluar dengan memakai baju t-shirt berwarna hitam dan bersongkok selepas dihukum penjara 18 bulan setelah didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.

Kredit IG: iteung_24

Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo disambut oleh puluhan peminatnya yang menunggu seawal pagi di luar bangunan penjara tersebut.

Turut kelihatan, isterinya, Mulan Jameela dan anaknya, Al-Ghazali. 

SGMS Faida