Peminat Selamba Ajak Emma Maembong Kahwin Ketika Live, Rupanya Ramai Yang Ingat Chacha Maembong Kakak

Sejak kebelakangan ini, gelagat dua beradik Emma Maembong dan Chacha Maembong semakin meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas kerap membuat Live bersama.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana salah seorang peminat mereka telah melamar pelakon, Emma untuk mengahwininya di ruangan komen.

Terkejut dengan pelawaan itu, Emma terus pura-pura pengsan dan menyatakan dia sudah berkahwin.

“Emma, nak kahwin dengan awak boleh? Dah kahwin tu tapi saya kan macam anak dara,” katanya.

Menurut Emma, ramai yang menyangka bahawa Chacha adalah kakak kepadanya kerana wajahnya yang kelihatan lembut dan tidak garang.

Geram dengan usikkan kakaknya itu, Chacha tampil memberikan respons yang mencuit hati.

“Bengang pulak kita dengar. Saya taknak cakap dengan awak semua. Apa masalah awak semua ni?

Seronok mengusik adiknya, Emma bagaimana pun tetap memuji kebaikkan Chacha.

“Chacha muka je garang, tapi dia lembut,” jelasnya.

@imanikhairiahKan dah KANTOII Kat sini sapa yg garam!! kesian chacha 🙁

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Tersalah Panggil Nama Sebenar, Emma Maembong Marah Chacha Ketika Live – “Kau Timahkan Aku”

Fatin Nurain