Peminat Suka, Nina Iskandar Pula Kecewa Dengan Gaun Pengantin?

Pelakon jelita, Nina Iskandar mengakui pada awalnya dia kurang berkenan dengan gaun pengantin yang digayakannya pada majlis resepsi, baru-baru ini.

Dalam sebuah entri yang dimuatnaik di Instagramnya, Nina yang kini bergelar isteri kepada Azlan Adzanan memaklumkan gaun pengantin berwarna putih itu sepatutnya menggabungkan elemen English & renda French

” Ceritanya begini, ketika kali pertama melakukan sesi fitting, saya tidak suka dengan gaun ini. Ini kerana saya mahukan sesuatu dengan sentuhan dan potongan Inggeris, Perancis.

“Saya sedih untuk beberapa hari. Meskipun tidak banyak masa yang tinggal, Abang Put telah memperindahkan busana ini semula dan menghasilkan semula dari awal. Dia juga berjanji untuk lalukan magis untuk saya,” katanya.

Kata pelakon Setelah Cinta Itu Pergi ini, dia terkejut melihat gaun pengantin selepas empat hari kemudian.

“Saya hampir menangis kegembiraan dalam masa sama tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepadanya. Ya, #empathari ini hanya layak diberikan kepada pereka, Putra Aziz,” ujarnya memuji pemilik jenama butik Cosry. 

Nina Iskandar diraikan dalam sebuah majlis resepsi perkahwinan dengan suami, Azlan Adzanan di Cheras, Ahad lalu. 

SGMS Faida