Categories: Hiburan

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Peminat pelakon Ramona Zamzam masing- masing tidak sabar untuk melihat wajah anak perempuan artis kesayangan mereka. Ini diluahkan oleh peminat menerusi ruangan komen selepas Ramona memuat naik foto yang merakamkan bahagian tepi wajah anaknya

Selain ucapan tahniah, mereka juga turut mengucapkan selamat berpantang dan juga mendoakan agar Ramona dan bayi comel itu sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Pelakon cantik itu selamat melahirkan anak sulungnya pada 7 Disember lalu.

Ramona dan Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

SGMS Enal