Featured By: Salma Syahbuddin February 10, 2022 @ 4:35pm

#SeoulSaranghae : Peminat Teruja, BIGBANG Akhirnya ‘Comeback’ Selepas Empat Tahun Menyepi

Semestinya peminat kumpulan Kpop terkenal ini teruja dengan berita yang diumumkan oleh agensi rasmi kumpulan tersebut beberapa hari yang lalu.

Agensi rasmi kumpulan BIGBANG, YG Entertainment mengesahkan kumpulan yang terdiri daripada 5 anak muda ini akhirnya bakal tampil dengan comeback mereka pada musim bunga ini.

Berita itu turut dikongsi oleh ahli kumpulan BIGBANG, G Dragon menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, BIGBANG dikhabarkan akan membuat kemunculan semula tanpa kehadiran salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu, Seungri.

Selain itu, BIGBANG kini telah selesai merakamkan album mereka dan kini sedang dalam persiapan menjalani penggambaran muzik video mereka.

Malah, difahamkan juga anggota kumpulan BIGBANG,  TOP dilaporkan meninggalkan agensi mereka selepas 16 tahun bersama YG Entertainment.

“Kontrak TOP bersama YG Entertainment telah tamat. Dan dia akan menjalani cabaran baharu termasuklah sebagai artis dan juga usahawan. 

“Kami menghormati keputusan yang diambil TOP untuk melebarkan lagi skop dan karier nya,” katanya.

Kemunculan semula BIGBANG merupakan penanda aras pertama muzik mereka selama empat tahun ini selepas kemunculan  album Flower Road pada Mac 2018.

 

 

Sumber : Soompi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Tidak Akan Patah Semangat, Risteena Nekad Maju Ke Hadapan

Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, tidak menjadikan perkara itu sebagai satu tekanan emosi.

Trending Wed, 28 Nov 2018

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana Dibuka Kepada Orang Awam

Kompleks itu beroperasi pada setiap hari termasuk cuti sekolah, kecuali Jumaat dan hari kelepasan am ditutup untuk tujuan penyelenggaraan.

Hiburan Wed, 26 Jul 2023

Dilabel ‘Caprice Wannababe’ Gara-Gara Sering Ulas Isu Panas, Ini Respons Padu Azhar Sulaiman!

Jangan main-main eh, abang Azhar Sulaiman kita ni ‘trend setter’, bukan Caprice Wannababe!

Featured Wed, 1 Apr 2020

KKM teliti garis panduan bazar Ramadan dalam talian

Saranan idea baharu termasuk konsep digital

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Eizlan Yusof Menang Anugerah Di Korea, Tahniah!

Datuk Seri Eizlan Yusof menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24.

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

error: Content is protected !!