Peminat Teruja Haqiem Rusli & Isteri Akan Mula Aktif Buat Video di YouTube!

Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL 36), Haqiem Rusli meminta pandangan peminatnya mengenai cadangan untuk mula mengaktifkan diri dalam membuat video di saluran YouTube.

Semestinya semenjak perkahwinan Haqiem dan isteri, Anis Sofea yang berlangsung pada 19 November lalu, ramai peminat pasangan ini sentiasa menantikan perkembangan terbaru mengenai kehidupan seharian mereka.

Ciapan yang dimuat naik oleh Haqiem di akaun Twitter miliknya itu telah mendapat perhatian peminatnya sehingga mendapat lebih 6,000 tanda suka.

“Do you all agree if me and Sofea start untuk active buat youtube, I mean like buat video-video anything about out life, mukbang ke, challenge ke or anything yang fun lah.” tulisnya.

Meninjau di reaksi ciapan tersebut, rata-rata peminat sangat bersetuju dan tidak sabar untuk menantikan pelbagai video daripada pasangan dua sejoli itu.

Amboi, nampak gayanya ramai ya dalam kalangan peminat Haqiem yang bersetuju dan sangat teruja dengan cadangan Haqiem itu.

Sementara itu, segelintir daripada peminat Haqiem sempat berseloroh dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga meninggalkan komen kepada Haqiem agar tidak menambah luka di hati mereka lagi.

Apapun, komen tersebut hanyalah gurauan semata-mata. Semoga impian peminat Haqiem akan tercapai untuk melihat video daripada mereka!

Aqilah Paharuzi