Penat Cari Jodoh, Raline Shah Akhirnya…

Di usia 34 tahun, pelakon jelita Raline Shah kini lali dengan soalan tentang jodoh.

Kata Raline, ahli keluarganya juga sudah penat bertanyakan hal yang sama kepadanya. 

“Mereka juga sudah penat ingatkan saya tentang kahwin. Mungkin mereka kesian dengan bakal suami yang melihat jadual saya yang sibuk terus.

“Nanti dia kurang kasih sayang dan perhatian,” katanya kepada Tribun News. 

Sementara itu, Raline kini juga mengusahakan sebuah kedai kopi dan banyak menghabiskan masa di sana.

“Aktiviti harian saya banyak di kedai kopi. Saya sedar untuk mencari jodoh di luar sana perlukan masa. 

“Jadi saya berharap di kedai kopi ini juga saya bertemu jodoh. Untuk calon suami saya, sila datang ke Kisaku,” katanya yang menyebut salah satu alasan membuka kedai kopi ini adalah untuk bertemu jodoh.

Wah…semoga cepat bertemu jodoh, Raline! 

SGMS Faida