Hiburan By: Khairil Khusyairi November 2, 2022 @ 5:41pm

Pendakwah Masuk Bidang Politik, Ustaz Elyas Ismail Beri Pandangan – “Kita Doakan Yang Baik”

Pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail memberi pandangan terhadap sesetengah pendakwah yang menceburi bidang politik.

Menerusi muat naik video di Instagram, Ustaz Elyas menjelaskan bagaimana seseorang pendakwah atau ahli ulama itu boleh menjadi pemimpin.

“Kalau ikutkan pendakwah dan ilmuwan ni bidangnya luas.

“Sejak dari dahulu lagi ada ulama orientasi lebih kepada pondok, pesantren, kitab kuning, kitab Thurat malah ada juga di peringkat universiti dan ada juga di sekitar desa dan kampung.

“Ada juga alim ulama kita yang bercakap tentang isu politik, kenegaraan, kepimpinan tapi dia bukan pemimpin ataupun menteri.

“Tetapi ada juga ulama kita yang cakap tentang kepimpinan, kerajaan, politik, mungkin dia juga menteri, terlibat dalam politik, sebagai contoh kita ambil seperti Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang juga merupakan mantan Menteri Besar Kelantan dahulu.

“Maknanya dia seorang pendakwah mengajar sana sini, mengajarkan umat tetapi dalam masa sama dia juga pemimpin dan memberikan contoh dan nilai-nilai yang baik.

“Pada saya kita doakan yang baik, yang penting siapa pun pendakwah ke apa pun yang jadi calon pertama adalah niat kepada Allah SWT, kedua untuk bangunkan ummah dan ketiga laksana tugas dengan jujur seperti mana yang diajar Rasullullah.

“Itu sahaja, kalau janji, mesti dipenuhi apa yang telah dijanjikan itu,” tutupnya.

Hasil tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap pandangan pendakwah tersebut malah ada juga yang bersetuju dengan persepsi seseorang pendakwah boleh menceburi arena politik biarpun bergelar ahli agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Kendall Jenner Dan Boyfriend Rancang Ambil Anak Angkat?

Ambil anak angkat pun best jugak kan! Just wait and see.

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Netizen Anggap Sharifah Sakinah ‘Wakil Rakyat’

Sharifah Sakinah jadi wakil rakyat pula?

Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Featured Thu, 12 Jan 2023

Aisyah Hijanah Sebak Kongsi Detik Terakhir Pemergiaan Kuda Peliharaan – “Kita Jumpa Lagi Anna…”

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah menceritakan detik-detik terakhir kuda peliharaannya, Anna pergi meninggalkannya. Menurut Aisyah, selepas sahaja dia dan suaminya, Alif Teega menamatkan siaran langsung di TikTok dan sudah ingin masuk tidur, groomer menghubungi mereka […]