Events By: Salma Syahbuddin November 26, 2019 @ 11:42am

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Drama bersiri 30 episod yang ditayangkan di slot Samarinda ini akhirnya telah sampai ke penghujungnya apabila tayangannya berakhir pada malam tadi. 

Menurut penerbit drama Sara Sajeeda, Fadzil Teh, beliau bagaikan tidak percaya kerana drama ini dapat disempurnakan seperti yang dirancang walaupun berdepan pelbagai cabaran sehingga hampir menarik diri disebabkan mencari pelakon wanita yang sesuai sehingga memakan masa  berbulan-bulan. 

Sumber : ww.xtra.com.my

” Sebelum terbang ke Pakistan, saya pening kepala apabila skrip lambat siap selain mencari pelakon utama yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik”

” Masalah lebih besar timbul apabila penggambaran terpaksa ditangguhkan berikutan pertelingkahan antara India dan Pakistan. Dan, ketika penggambaran selesai, kami terkandas pula di Pakistan kerana taida penerbangan pulang ke Kuala Lumpur” Katanya.

 

 
Selain masalah tersebut, Haji Zeel juga mengakui pelakonnya seperti Fahrin Ahmad turut berdepan dengan masalah, apabila tidak dapat terbang ke Pakistan sehingga menyebabkan pihak produksi terpaksa menerbangkan dua pelakon dari negara itu untuk datang ke Malaysia.
 
Masalah tidak habis disitu, apabila salah seorang pengarah drama ini iaitu Eoon hanya sempat menyiapkan 18 episod sebelum disambung Feroz.
 
” Memang kalut, tetapi saya bersyukur, Feroz dapat menyelesaikan semua dengan sempurna. Penggambaran di Pakistan pula diarahkan oleh Rizwan. Jadi, drama ini menampilkan tiga pengarah yang berbeza iaitu, Eoon Shuhaini, Feroz Kader, dan Rizwan Zainal” 
 
Bagaimanapun, Haji Zeel bersyukur Sara Sajeeda tidak hanya diikuti peminat drama tempatan, malah turut mendapat respon yang baik dari penonton Indonesia, Singapura, dan Brunei Darussalam selain penonton dari negara Pakistan. 
 
Kepada korang yang ketinggalan untuk menyaksikan drama Sara Sajeeda, jangan risau! Korang boleh saksikan drama ini di www.tonton.com.my!
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023
Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Featured Sat, 12 Aug 2023
Selebriti Mon, 17 Jul 2023