Hiburan By: SGMS Faida February 16, 2019 @ 2:28pm

Pengacara JJCM Cerewet Pilih Makanan?

Membawa tanggungjawab sebagai pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), sudah tentu Naz perlu menjelajah ke banyak lokasi dan mencuba pelbagai makanan.

Bagi Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Rahman, sepanjang tujuh tahun bergelar pengacara untuk program ini, dia perlu cerewet memilih restoran dan makanan.

” Sebelum menerjah sesebuah lokasi kedai makan dan makanan disediakan, saya perlu ambil kira beberapa kriteria. Paling penting adalah kualiti makanan itu.

” Kalau boleh apa yang saya makan itu bakal jadi ikutan seterusnya viral. Pasukan produksi dan saya sendiri mahu bantu usahawan dalam bidang makanan dan minuman agar jenama mereka terus dikenali. Atas sebab itu, tak boleh hanya ‘tangkap muat’ untuk setiap episod,” katanya kepada XTRA.

Pengacara berusia 41 tahun turut berkongsi cerita apabila pernah singgah di beberapa lokasi tempat makan yang tidak menepati citarasa.

” Selera masing-masing berbeza. Adakala makanan itu orang lain suka, kita pula rasa tak kena. Pernah juga saya ke tempat yang tidak kena tekak. Jika saya ada peluang bersuara, saya akan minta tukar ke restoran lain. Bergantung keadaan juga.

” Makanan di setiap negeri lain-lain rasanya. Pernah untuk beberapa episod sebelum ini saya ditawarkan untuk mencuba makanan seperti tenggiling, ular dan seangkatan. Sebagai seorang orang Islam, saya hanya makan yang halal sahaja,” katanya yang berani mencuba makanan eksotik.

Naz mula mengendalikan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sejak tahun 2012 menggantikan Maria Tunku Sabri. 

Program travelog pencarian makanan enak ini bersiaran setiap Ahad jam 11.30 pagi. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Tue, 4 Apr 2023
FESYEN Tue, 17 Sep 2019

Biji Biji x TSyahmi, The First Ever Fashion Collection In Malaysia To Preserve Sustainable Designs

The collaboration between Biji Biji, Tsyahmi, and Nakakoma Orimono injects a fresh take on sustainable fashion.

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Featured Fri, 17 Sep 2021
Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

It’s A BOY! Kapsyen Erma Fatima Untuk Adik Ipar Bikin Netizen Sebak

Berkemungkinan, kapsyen berkenaan mengingatkan perkara yang pernah dilalui oleh pelakon Mak Cun ini dahulu.