Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2018 @ 2:35pm

#AnggunLife : Pengalaman Jumpa Ramai Wanita Depresi Kerana Kurang Cantik, Ini Cara Dayah Bakar Bantu Mereka

Pengacara Dayah Bakar berhasrat membantu tingkatkan keyakinan wanita di luar sana dengan menganjurkan program Fitsis, baru-baru ini.

Dayah yang pernah mengacarakan program Nasi Lemak Kopi O memaklumkan penganjuran program berkenaan bukan sekadar membantu wanita terus sihat sahaja.

“ Sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan, saya berpeluang jumpa dengan ramai wanita yang berdepan masalah depresi.

“ Punca depresi pula disebabkan berasa diri kurang cantik dan tidak boleh menonjol di khalayak ramai.

“ Niat saya mahu bantu mereka mendapatkan keyakinan semula bukan semata-mata untuk kurus dan sihat sahaja. Kita harus ubah persepsi minda mengatakan ‘Asal kurus saja cantik’,” katanya kepada xtra.com.

Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar berkata, program Fitsis akan dianjurkan sekali lagi pada Januari 2019.

“ Fitsis edisi pertama telah dijalankan baru-baru ini di sebuah Fitness Centre di Taman Melawati.

“ Seramai 30 orang menyertai sesi pertama tempoh hari. Bila saya tanya, pernah sertai program sebegini ramai yang masih malu-malu dan tidak yakin. Wanita seharusnya lebih positif dalam menghadapi hari-hari mendatang,” katanya.

Sebelum ini, Dayah Bakar juga pernah ditegur netizen mengenai susuk tubuhnya yang sedikit berisi selepas berkahwin namun dia tidak pernah berkecil hati. Terus positif ya Dayah, You Go Girl!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Apr 2022

Mawi Tak Kisah Dilabel Sebagai ‘Suami Takut Bini’

Jarang-jarang kan suami berani nak mengaku takut bini…

Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Sun, 31 Jul 2022
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Black Kongsi Nama Anak Melalui Video Pendek

Cahaya mata keduanya itu dilahirkan dengan berat 2.88kg diberi nama Rindu Dayyana

Featured Thu, 24 Nov 2022