Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2018 @ 3:00pm

Pengarah Filem Kalla Tarik Diri, Apa Kata Penerbit?

Semalam telah berlangsung pelancaran rasmi trailer dan runut bunyi (OST) filem Kalla di Wow Kuala Lumpur.

Azhan Rani, Farali Khan, Riz Azmin dan penerbit produksi Little Film, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim antara yang hadir di majlis perasmian tersebut.

Akan tetapi, kelibat pengarah iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin atau lebih mesra dipanggil Liza Ismail tidak kelihatan sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan tetamu dan wartawan yang hadir.

Sehubungan itu, Suhaimi tampil dengan penjelasan mewakili pihak produksi agar tidak timbul kekeliruan di kemudian hari.

“ Dia telah meletakkan surat perletakan jawatan pada Ramadan lalu dan dalam masa sama dia tidak mahu namanya diletakkan sebagai pengarah Kalla.

“ Dalam surat itu juga, dia mahu saya gantikan dengan nama samaran sebagai Alan Smithe. Jadi, selaku penerbit saya ikutkan saja,” katanya.

Suhaimi juga menjelaskan antara punca penarikan diri Liza daripada menyertai keluarga filem Kalla, beliau memberitahu terdapat beberapa percanggahan idea sebelum ini.

“ Dia setuju saya mahu filem Kalla ditayangkan tahun ini dan ingin tarikh tayangan dibuat di pawagam pada 2019 nanti. Tetapi, selaku penerbit saya enggan tangguh lebih lama lagi untuk tayangan filem ini.

” Saya harus akui bimbang dengan kos perbelanjaan, berikutan setakat ini untuk filem Kalla saja boleh dianggarkan pelaburan dibuat mencecah RM3 juta,” ujarnya.

Tambah Suhaimi, beliau menerima surat perletakan jawatan itu dengan baik dan tiada isu berbangkit selepas itu.

Suhaimi berkata apa pun, beliau menerima baik penarikan diri Wan Hasliza itu dan baginya tidak ada sebarang isu besar di antara mereka.

“ Harapan saya kini adalah Kalla mendapat sambutan baik penonton di pawagam nanti,” katanya.

Filem aksi lakonan Faizal Hussein, Vanida Imran, Azhan Rani, Zaidi Omar, Riz Amin dan Farali Khan ini bakal ditayang di seluruh pawagam negara bermula 11 Oktober nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

AZWAN KOMBOS PILIH HARUM DALIA

Bagi pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, apa pun nama yang akan diberikan kepada bayi sulung mereka itu sudah semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Lepas Kosmetik, Siti Nurhaliza Lancar Air Minuman!

Sebelum dilancarkan di pasaran Siti sendiri mencubanya.

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Events Thu, 16 Apr 2020
Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..