Pengurus Kongsi Foto POV Duduk Belakang Aina Abdul, Netizen Lain Pula Tampil Bidas: “Nilailah Sendiri! Tengok Perasaan Orang Yang…”

Penampilan Aina Abdul sebagai juri dalam sebuah program nyanyian sering meraih kontroversi kerana timbul dakwaan fesyen yang digayakan mengganggu pemandangan penonton di belakang.

Baru-baru ini, tampil pula individu yang menyangkal dakwaan penyanyi itu mengganggu pandangan penonton di belakang dengan berkongsi foto ketika duduk di belakang Aina menerusi ciapan di Twitter.

Namun, perkongsian tersebut telah mendapat kecaman ramai pihak kerana foto terbabit dikongsi oleh pengurus Aina sendiri.

Rata-rata netizen mengecam tindakan terbabit dengan memberikan pelbagai hujah berbeza.

“Apo yang nampak. Nampak baju bulu ayam warna putih tu je. Rasanya tempat juri tu kena rendahkan sikit. Tak pun letak tempat lain.

“Maybe manager dia ada mata lain yang kita tak tahu,” ciap netizen di ruangan ‘replies’.

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi sudut pandang berbeza penonton yang duduk di belakang Aina ketika program itu berlangsung.

Warganet itu tampil membidas dan meluahkan rasa kecewa kerana kehadiran aksesori kepala yang digayakan Aina mengganggu pandangan ketika program tersebut berlangsung.

Izzi Farhana