Pensyarah Tak Masuk Kelas Punca Maya Karin Tak Habis Diploma  – “Daripada Membazir Duit Ibu Bapa, Saya Berhenti Dan…”

Baru-baru ini, heboh di platform media sosial berkaitan tiga orang pelajar Sabah yang telah memenangi kes saman terhadap guru bahasa inggeris mereka kerana didapati ‘ponteng’ mengajar selama tujuh bulan pada 2017. 

Kes tersebut telah mendapat perhatian aktres jelita, Maya Karin yang ternyata pernah mengalami situasi sama apabila kelas kerap dibatalkan kerana pensyarah  tidak dapat hadir.

Menerusi ruangan Twitter aktres filem popular Ombak Rindu ini mendedahkan salah satu sebabnya berhenti pengajian Diploma selepas setahun adalah kerana ketiadaan pensyarah atau kelas terpaksa dibatalkan. 

“Salah satu sebab kenapa saya berhenti Diploma selepas setahun. Asyik sampai kelas hanya untuk dapat nota kata ‘kelas cancelled because lecturer cannot make it’.

“Jadi daripada terus membazir duit ibu bapa saya, saya berhenti dan buat kerja teater, traveled the world with the money and then masuk dunia industri hiburan,” tulisnya. 

Meninjau ke ruangan maklum balas, ternyata ramai pelajar yang berdepan nasib sama seperti isu yang tular itu. 

Aqilah Paharuzi