Hiburan By: SGMS Faida September 28, 2018 @ 9:45pm

Pentas Akhir DA’I Musim Keenam, Hadiah RM 60,000 Milik Siapa?

Malam ini persoalan siapakah yang bakal bergelar Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 bakal terjawab.

Pentas akhir pencarian ejen dakwah sudah tiba di kemuncaknya. Selain gelaran juara, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq),Imran Mohd Zaki (Da’i Imran) dan Muhammad Adam Muhibullah Abdullah ( Da’i Adam) berentap merebut hadiah utama iaitu RM 60,000.

Selain wang tunai RM 60,000 juara akan turut menerima dua tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health dan sebuah trofi.

Pentas akhir yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Da’i Izzhar ini, peserta perlu melalui dua pusingan.

Pusingan pertama, peserta perlu menghuraikan topik mengikut konsep yang diberikan oleh pihak produksi selama lima minit.

Finalis akan bergandingan bersama pelakon hebat iaitu Ashraf Muslim, Elly Mazlein dan Naim Daniel.

Manakala pusingan kedua, topik tazkirah adalah bebas mengikut pilihan finalis sendiri. Di pusingan akhir pula, mereka wajib bertaranum. 

Malam kemuncak ini turut diserikan dengan persembahan penyanyi Tomok, Aizat Amdan dan Azmi Caliph Busker. Pihak produksi turut membawa juri jemputan dari Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi. 

Jadi, hadiah RM 60,000 malam ini milik siapa? Jangan lupa malam ini bermula jam 9 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Aug 2022
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber! Memang terbaik dan WIN lah azam yang ini

Featured Tue, 29 Mar 2022

“Kenapa Pegang Anjing Tak Pakai Gloves?” – Penat Sering Didakwa Buat Kerja Haram, Doktor Veterinar Ini Jelaskan Perkara Sebenar

Haa dengar tu penjelasan daripada doktor veterinar sendiri mengenai isu memegang anjing..

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

恭喜!玛格罗比怀孕了

玛格罗比(Margot Robbie)在《Suicide Squad》中饰演「小丑女」爆红,随即在2016年底宣布和汤姆艾克力(Tom Ackerley)结婚,原本以为她可能打算就此隐归家庭生活,但她不想错失多个争相邀约演出的好机会,因此生育计画也因此延后,为了未来宝宝也特地冻卵,没想到就在20日时爆出她已经怀孕3个月了!