Events By: SGMS Faida September 12, 2018 @ 4:00pm

Pentas DFP ‘Bergegar’ 15-16 September Ini, Anda WAJIB Tonton Ya!

Tinggal tiga hari sahaja lagi, pentas gah Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bakal diserikan dengan gabungan penyanyi hebat tanah air iaitu Aishah, Liza Hanim, Musly Ramlee dan Rachel Guerzo Trio.

Konsert Semalam Di Malaya bakal berlangsung pada 15-16 September ini pastinya memberikan pengalaman dan kepuasan kepada peminat muzik klasik malar segar.

Akan ada kejutan yang bakal dilakukan pada konsert berkenaan di mana penonton turut dihiburkan dengan rangkaian lagu cinta antaranya Airmata Berderai, Tunas Kasih dan Gadis Idaman (ciptaan Alfonso Soliano), Sayang Di Sayang dan Setangkai Kembang Melati (Zubir Said).

Dengan sentuhan muzik simfoni yang segar, konsert ini juga akan disemarakkan dengan lagu-lagu evergreen seperti Ibu dan Jelingan Manja (Ahmad Jaafar) dan karya ciptaan P Ramlee seperti Hujan Di Tengahari dan Joget Malaysia.

Bukan itu saja, jika anda peminat lagu Tanah Pusaka (Ahmad Merican), Putera Puteri (Jimmy Boyle), Perajurit Tanah Air dan Berjaya (Saiful Bahri), ini masanya! Kesemua lagu ini bakal dipersembahkan pada malam gemilang itu nanti. 

Difahamkan, kesemua gubahan lagu pada konsert itu mendapat sentuhan penggubah-penggubah muda seperti Leonard Yeap, Luqman Aziz, Syed Sharir Faisal Syed Hussain, Jenny Chin dan Vivian Chua manakala konsert akan dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose.

Segera klik ke mpo.com.my / [email protected] untuk pembelian tiket. Untuk sebarang keterangan lanjut, hubungi hotline MPO di 03- 2331 7007. 

Harga jualan tiket bagi menyaksikan Konsert Semalam Di Malaya bermula daripada RM 141- RM 358. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

方泂镔1月12日回马与粉丝捞生聚会

1月12日方泂镔将带着最新专辑回马与大家见面啦!

Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tahniah! Tasha Manshahar sah bergelar isteri kepada Raqib

Selepas dua tahun perkenalan, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, hari ini.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Trending Hari Ini Mon, 20 Jul 2020
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

#SkoolXTRA Tue, 16 May 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023