Hiburan By: SGMS Fas March 5, 2018 @ 12:38am

Penyanyi ‘Menahan Rindu” ditahan pula

 

Seorang lagi artis masuk hospital. Kali ini plantun lagu ‘Menahan Rindu’ kena tahan dan dikuarantin di wad hospital  berikutan demam panas semalam.

Wany, 25,  dikejarkan ke hospital setelah suhu badannya naik tinggi sehari selepas pulang daripada membuat persembahan  di Pasir Gudang, Johor.

Ujian darah yang dilakukan doktor mengesahkan Wany dijangkiti virus Influenza B dan perlu dikuarantin sementara waktu.

Kredit: Dari Instagram Wany Hasrita.

Wany antara penyanyi generasi muda yang kebelakangan ini banyak mendapat undangan bernyanyi malah dalam keadaan demam berulang pun finalis Juara Lagu ke 32 yang dikritik gara-gara pakaiannya pun tetap ligat menerima tawaran.

Namun kini, Wany yang khabarnya perlu berada di Singapura untuk show di sana terpaksalah membatalkannya. Jangan marah ya peminat di Kota Singa, Doakan Wany sembuh dan datang kembali tau!

Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah yang merupakan artis rakaman  FMC Music ini mencipta kejayaan apabila lagu singlenya ‘Menahan Rindu’  mendapat tontonan hampir 30 juta di Youtube manakala lagu duetnya bersama  penyanyi seangkatan, Tajul Ariff Noor iaitu ‘Disana Cinta Disini Rindu’ ditonton sebanyak 10 juta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022
Featured Sat, 11 Dec 2021
Featured Sat, 20 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir – “Dia Orang Terakhir Tinggalkan Majlis”

Neelofa dalam perancangan untuk lakukan majlis ilmu besar-besaran untuk orang ramai sertai ❤️

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

GFriend Stole Malaysian’s Heart With Their “Go Go Gfriend!” First Tour

More than 4,300 BUDDYs attended the GFRIEND concert!

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Guess Who are The Most Listened-to KPOP Artists in 2018

Can you guess who’s got the No.1 Spot?