Perang Mulut Izreen & Intan Belum Berakhir – “Dia Haramkan Saya Post Gambar Anak-Anaknya Di IG”

Kontroversi yang melanda pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh seolah-olah tiada penghujungnya walaupun mereka sudah bahagia dalam kehidupan perkahwinan masing-masing.

Difahamkan kemelut antara mereka bermula apabila masing-masing bertindak untuk berbalas kenyataan di media sosial mengenai rasa tidak puas hati yang membabitkan isu anak-anak.

Memetik laporan Mstar, Izreen mendedahkan Intan tidak mengizinkannya untuk memuat naik gambar anak-anak tirinya di Instagram milik Izreen.

Bagaimanapun, Izreen berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan turut bersedia untuk berjumpa dengan Intan demi menyelesaikan masalah ini.

“Tak perlulah saya komen lanjut kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai/

“Dia juga haramkan saya post gambar anak-anak di IG saya,” katanya.

Menerusi sebuah hantaran terbaru Izreen, pelakon ini memaklumkan dia menghormati keputusan Intan untuk tidak membenarkan berjumpa dengan anak tirinya lagi.

“Tuan badan punya keputusan kami akan ikut la. Kira hari yang kami jumpa budak-budak tu adalah hari yang terakhir. Lepas ni tak ada dan tak mahu ambil tahu dah. Lantak la nak jadi apa pun. Elok jaga anak dan keluarga sendiri saja lani,” tulisnya di ruangan komen.

Untuk rekod, pada Ogos 2017 Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhammad Radzi Wahid atau Ude dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Adrian Umar, hasil perkahwinan terdahulu.

Perkahwinan Intan dan bekas suaminya, Ude juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Aqir Muqri.

Aqilah Paharuzi