Hiburan By: Padin August 23, 2022 @ 6:26pm

“Perbuatan Ini Menunjukkan Contoh Kurang Baik” – Pegang Rokok Di Pentas KLFW, DG Hisham Tegur Noh Salleh

Aksi penyanyi Noh Salleh yang memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan ketika memperagakan pakaian di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Membuat teguran mengenai isu terbabit di laman Twitter rasminya, Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Hisham turut memohon agar semua pihak untuk membantu usaha KKM bagi mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Noh pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik semasa ditemu bual media dalam sebuah acara yang berlangsung sekitar Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Featured Thu, 12 May 2022

“I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

Sabrina tak kisah dikecam kerana dia rasa buat perkara yang betul dan yakin dengan diri sendiri…

Trending Mon, 22 Mar 2021

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Sehingga RM 500,000 Untuk Rakyat

Bantuan buat mereka yang terkesan akibat vaksin

Events Fri, 24 Jun 2022

Sering Dikenenkan, Erra Fazira Akui Masih Solo Tapi…

Erra cakap buat masa sekarang dia tengah semak banyak ‘borang’ 🫣

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Fedtri Yahya Tampil Dengan Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’, Dalami Kisah Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton bermula 2 Januari lalu, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam […]