Categories: HiburanSelebriti

Percaturan Bisnes Menjadi, Hotel Milik Fauzi Nawawi Terima Sambutan Luar Biasa

Kalau dulu, fokusnya lebih dalam dunia lakonan. Kini, tumpuannya beralih ke industri perhotelan pula.

Ini kerana, pelakon Fauzi Nawawi mengorak langkah setapak ke hadapan dengan memulakan perniagaan hotel butik yang diberi nama Bunker Hotel & Restaurant.

Selepas tiga bulan beroperasi, suami kepada pelakon Lisdawati ini memberitahu dia tidak menjangka perniagaanya menerima sambutan luar biasa.

“ Mungkin dengan faktor lokasi yang strategik, maklum saja premis dekat dengan hospital, kolej serta lot komersial membuatkan ia menjadi pilihan pelanggan,” katanya kepada BH Online.

Idea penubuhan hotel ini juga dibantu oleh dua rakan kongsi berpengalaman dan dibantu ramai petugas berdedikasi dalam mengendalikan setiap operasi.

Ketika ditanya sama ada Fauzi tidak rindu untuk kembali ke set penggambaran, aktor senior ini memberitahu mana mungkin dia melupakan kerjaya lakonan.

“ Lakonan sudah menjadi darah daging dan periuk nasi saya sejak dulu. Cuma, kesibukan sejak dua tahun lalu membataskan waktu.

“Memang saya rindu untuk ke lokasi penggambaran, namun hotel ini memerlukan tumpuan penuh daripada saya dan dua lagi rakan kongsi.

“ Sekiranya ada peluang berlakon diterima sekarang, saya rasa mampu mengatur masa untuk masuk ke set. Kita tengok saja nanti. Tetapi, kalau ada yang kata saya ingin bersara disebabkan sudah memasuki dunia korporat, ia tidak benar sama sekali,” akhiri pelakon Khalifahkah Aku ini. 

Link berkaitan: https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/tawaran-berlakon-dah-tak-macam-dulu-fauzi-nawawi-buka-hotel-bajet

SGMS Faida