Selebriti Hollywood, Kim Kardashian menyifatkan perkahwinannya selama lima tahun bersama penyanyi rap, Kanye West sebagai penuh dengan pengorbanan terutama sekali kerana Kanye kini sudah berubah dan ingin lebih mendekatkan diri kepada tuhan.
Memetik laporan eonline, Kim berkata perkara yang paling sukar untuk mereka mencapai kata sepakat adalah tentang cara-cara mendidik anak-anak mereka, North (6), Saint (3), Chicago (22 bulan) dan Psalm (5 bulan).
“Anak-anak kami semakin membesar dan Kanye kini lebih prihatin tentang apa yang dimiliki dan dibenarkan di rumah. Kami telah mengeluarkan televisyen dari bilik anak-anak dan peralatan mekap dari bilik anak kami, North.
“Dia berpendapat sebagai seorang ayah, dia seharusnya lebih tegas dan memantau apa yang anak-anak kami lihat di rumah.
“Saya mahu menghormati diri dan perasaannya, dan dia kini sedang melalui satu fasa perubahan dalam hidup,” jelas Kim.
Walaupun dia menghormati Kanye sebagai suami, Kim berkata “I’m always going to be me.” Justeru itu jika mereka berbalah dan berselisih pendapat, Kim mengatakan selepas mereka duduk berbincang, dia akan sentiasa menyokong tindakan suaminya kerana “at the end of the day, that’s what marriage is.“
“Apa-apa pun, saya rasakan perjalanan spiritual Kanye adalah sesuatu yang indah dan saya percaya ia adalah satu contoh yang baik untuk keluarga kami. Mungkin ada perkara yang dilakukannya tahun lepas, dia tak mungkin lakukan sekarang.
“Ada ketikanya kita perlu tegas tetapi masih perlu rasa selesa dengan apa yang kita lakukan. Walau apapun saya akan mendengar pendapat dan keluhannya dan akan seterusnya akan berkompromi dengan kehendak suami,” kata Kim lagi.
Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap negeri. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat […]