Hiburan By: Del14 September 2, 2019 @ 11:13pm

Sarimah Bangga Jadi Anak Malaysia

Che Puan Sarimah Ibrahim baru-baru ini menulis di laman twitternya yang dia amat merasa bangga dengan kebolehannya bertutur di dalam Bahasa Malaysia walaupun dilahirkan di Ireland dan telah menghabiskan alam persekolahannya di luar negara. 

Katanya “Saya dilahirkan di Ireland. Belajar di sekolah kebangsaan di Malaysia, Sekolah Tinggi Cambridge di Abu Dhabi, Sekolah Antarabangsa Emirates, Dubai dan Kolej Wesley di Dublin.  Saya amat berterima kasih kepada ayah saya kerana bertutur di dalam BM dengan saya walaupun di luar negara supaya saya boleh bertutur di dalam bahasa ini apabila saya pulang pada tahun 96” 

“Saya mengambil masa lebih kurang setahun untuk berlatih dan bertahan untuk fasih berbahasa Malaysia kembali dan memastikan supaya tidak ada ‘slang’ hehe. Berborak dengan semua kawan saya dan menghabiskan masa yang banyak di mamak yasssss” katanya lagi. 

Sememangnya sebagai pengacara, pelakon dan penyanyi, Sarimah yang berwajah ‘pan asian’ ini fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan tidak merasa janggal untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan kita kerana menurutnya dia bangga menjadi anak Malaysia. 

 

Baru-baru ini, usahawan terkenal Datin Vivy Yusof dikecam kerana melakukan “BM Challenge” iaitu dia telah berusaha untuk bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia selama sehari tanpa mencampur-adukkan bahasa kebangsaan kita dengan bahasa lain. Umumnya, ramai yang mengenali personaliti media sosial terkenal ini sebagai seorang yang lebih selesa berkomunikasi di dalam bahasa inggeris sama ada di rumah atau pun atas urusan professionalnya.

 

Apa-apa pun kadang-kadang Netizen tidak lah perlu bersikap keterlaluan kerana setiap orang ada kelebihannya masing-masing. Tidak boleh bertutur sepenuhnya dalam bahasa kebangsaan tidak membuatkan kita kurang patriotik dari orang lain, tetapi kita seharusnya mencuba dan berbangga kerana “Bahasa Jiwa Bangsa” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Pelakon Filem Paskal Akhirnya Bertemu ESSCOM

Diharap segala proses memberi keterangan berjalan lancar

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

费玉清「2019告別演唱会」最后一次登云顶舞台

「金嗓歌王」费玉清将于2019年4月12日及13日(星期六)晚上8时30分,再次踏上云顶云星剧场的舞台,举办他的个人告别演艺圈的巡回演唱会。

Hiburan Sun, 3 Jul 2022

Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Ikatan Kita

Gadis ini merupakan anggota kumpulan Bahiyya Haneesa.

Selebriti Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

SALAH KE CHE TA PEGANG MIC?

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi

Hiburan Tue, 22 May 2018

Victor李俊颉「重新出发」和爸爸拍摄封面直呼尴尬

Victor李俊颉卸下青涩形象,睽违六年再推新作《记得我爱你》,转当韩国暖男OPPA,唱歌给全天下的爸爸听!

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

CL ADMITS THAT IT HAS BEEN EXTREMELY DIFFICULT WORKING IN AMERICA

Even celebrities face a lot of struggles too 🙁