Hiburan By: SGMS Faida July 27, 2019 @ 8:50pm

Permit Tidak Lulus, Sesi Bertemu Kim Jae Hwan Terpaksa Batal!

Nampaknya ratusan peminat penyanyi Korea Selatan, Kim Jae Hwan terpaksa menahan sedih apabila impian untuk bertemu dengan idola mereka itu terpaksa dilupakan.

Ini kerana penganjur Macpiepro mengumumkan acara bertemu peminat penyanyi Korea Selatan itu yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang tadi terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

 
 
 
View this post on Instagram

Organizer announced the cancellation. Fans being ask to leave by police . #kimjaehwan #KimJaeHwaninKL #KimJaehwan1stFanmeetinginKL #WIND #macpiepro

A post shared by KMania (@kmania.my) on

Menerusi sebuah kenyataan, penganjur memberitahu pembatalan saat akhir dilakukan kerana permit untuk acara berkenaan tidak diluluskan.

“Dengan penuh kesal, kami mengumumkan 2019 Kim Jae Hwan Fanmeeting MIN:D in Kuala Lumpur dibatalkan disebabkan kami dimaklumkan permit untuk konsert ini tidak diluluskan.
 
“Kami amat kesal dengan pengumuman saat akhir ini disebabkan sudah sedaya upaya mendapatkan permit berkenaan. Bagaimanapun, usaha kami gagal.

“Wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada peminat,” tulis pengajur di dalam sebuah kenyataan media.

 
 
 
View this post on Instagram

Important notice‼️ Cancellation of 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR

A post shared by MacpiePro (@macpiepro) on

Pelantun lagu Begin Again ini sepatutnya dijadualkan untuk mengadakan acara bertemu peminat sulungnya selepas bergerak solo dalam karier seninya.

Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan bergerak secara solo selepas kumpulan Wanna One dibubarkan pada Januari lalu.

Penyanyi berusia 23 tahun ini kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment.

Sumber video: KMania.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Belum Tiba Masanya Lagi – Anzalna

Menurut pelakon Anzalna Nasir, sukar untuk melepaskan potret Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Kaabah dan Madinah kepada individu yang berminat walaupun ditawarkan ribuan ringgit.. Mungkin masih belum tiba masa lagi….

Events Fri, 9 Sep 2022

Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen. Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada

Featured Mon, 12 Jul 2021

Bayaran Tambahan PEMERKASA+ RM500 Dikreditkan Hari Ini

Menerusi Pakej PEMERKASA+, sebanyak  sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro hari ini mendapat jumlah bantuan bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) . Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu melibatkan tambahan

Hiburan Sat, 18 May 2019

Nora Danish Tarik Diri

Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa.

LIFESTYLE Thu, 6 Sep 2018

‘ Saya Pilih Jadi Isteri Ketiga Sebab…’ Wanita Ini Kongsi Pendapat Pilih Hidup Poligami

Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Haryani Ithnen, dia menjelaskan mengapa memilih jalan untuk bergelar isteri ketiga.

Featured Tue, 9 May 2023

Atas Sebab Cinta & Kasih Sayang Kepada Bapa, Krisdayanti Umum Tukar Nama

Saya mahu guna nama seperti dalam kad pengenalan – Kris Dayanti

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Featured Fri, 27 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!