Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 8:27am

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Pernah trending di YouTube Malaysia dengan alunan suaranya di dalam cover Hanya Rindu versi bahasa Arab, bakat baru naungan Tarbiah Sentap Records, Syed Salahuddin mula dikenali dalam kalangan peminat irama nasyid di nusantara.

Syed yang sebelum ini sering menyanyikan lagu-lagu cover ke dalam versi bahasa Arab telah berjaya memikat hati para pendengar hingga mendapat liputan pihak media dari Indonesia.

Terbaharu, pemuda kacukan Arab dan Melayu itu kini muncul dengan single perdana berjudul Iktiraf yang baru sahaja dilancarkan.

Menurut Syed, Iktiraf memiliki keunikannya tersendiri kerana ia bukan hanya diolah dari sebuah syair arab tradisional tetapi ia turut disulam bersama doa-doa amalan para ulamak dan para Nabi.

“Pada saya keunikan Iktiraf terletak pada bait liriknya. Kita himpunkan beberapa doa dan juga syair, yang mana semuanya digabungkan di dalam satu lagu.

“Lirik pada rangkap awal Iktiraf ini diolah dari doa yang diajarkan oleh seorang ulama’ bernama Syeikh Mutawalli Sya’rawi, kemudian doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW dimasukkan dalam rangkap yang seterusnya.

“Doa taubat yang pernah dilafazkan Nabi Adam AS saat diusir dari Syurga juga ada diselitkan dalam lagu ini.

“Pendek kata, siapa yang hafal lirik lagu ni, sekaligus dia dah hafal maksud beberapa doa taubat,” katanya.

Menerusi lagu ini juga, Syed cuba membawakan kelainan di dalam penyampaian lagu tersebut berbeza dari artis-artis Tarbiah Sentap lain, dengan menerapkan gaya lenggok irama Melayu dan Arab.

Biarpun Syed baru sahaja memiliki single pertama, penyanyi yang berasal dari Ipoh, Perak itu bukanlah individu yang asing di dalam industri muzik.

Graduan Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar itu pernah dilamar oleh syarikat Awakening Records untuk membantu menyiapkan album Maher Zain ketika beliau masih bergelar mahasiswa Al-Azhar.

“Sebelum ini saya pernah diberikan peluang untuk berkerjasama dengan Awakening Records bagi menyiapkan rakaman suara latar dua album vocal only Maher Zain dengan bantuan artis popular Mesir, Hamza Namira. Proses merakamkan suara latar dua album tu mengambil masa kira-kira dua bulan.

“Alhamdulillah, itu satu pengalaman yang sangat menarik dan banyak saya belajar pada masa tu dari segi cara kerja mereka dan proses kerja-kerja rakaman yang mereka buat.

“Pengalaman sepanjang dua bulan itu sedikit sebanyak membantu dalam membina keupayaan sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah dalam dunia seni,” katanya lagi.

Bagi anda yang ingin mendengarkan lagu Iktiraf, video muzik karya tersebut kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Tarbiah Sentap dan sedia dimainkan di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Perginya Anak Syurga, Amy Search Reda…

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi Amy Search atas pemergian anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan atas ujian ini.

Featured Tue, 30 Nov 2021

Sepandai-Pandai Tupai Melompat… Cubaan Remaja 14 Tahun Mencuri Dikantoikan, Rupanya Tuan Rumah Pegawai Polis!

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang perompak yang telah cuba memasuki rumahnya pada jam 4:30 pagi pada Ahad di kediamannya di Taman Sri Telok Emas, Melaka. Menerusi perkongsiannya di bawah nama pengguna Nurul […]

Trending Fri, 19 Jun 2020
Hiburan Wed, 14 Dec 2022

Netizen Tanya Tips Dapat Suami Kacak, Ini Respons Lucu Maryam Durian Kimchi – “You Tanya Salah Orang…”

Sudah pasti ramai mengenali pempengaruh Maryam Younarae yang merupakan isteri kepada Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sering mencuit hati dengan gelagat dan telatah lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Maryam yang dimuat […]

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Menyeramkan! Rasai Pengalaman Bersama TRAIN TO BUSAN Hanya Di Genting Highlands!

Ingat ya, sekali dah masuk memang tak boleh patah balik guys!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019
Featured Thu, 30 Sep 2021