Featured By: Fatin Nurain December 11, 2022 @ 4:17pm

Pernah Pasang Niat Untuk Tidak Terlibat Dalam Program Realiti, Wani Kayrie Tak Serik Dikritik Juri

Kerap menglibatkan diri dalam program realiti televisyen, Wani Kayrie mengakui dirinya pernah pasang niat untuk tidak menceburi mana-mana pertandingan lagi.

Terbaharu, Wani bakal tampil dalam program hiburan TV3 Famili Duo serta bergandingan dengan penyanyi Bella Astillah untuk merebut takhta juara keseluruhan yang berjumlah RM100,000.

Menurut Wani, dia terbuka hati untuk melibatkan diri dalam pertandingan kali ini kerana kesungguhan Bella memujuknya untuk berganding bersama.

“Sekarang saya sendiri tak boleh kira dah berapa program realiti TV yang saya dah terlibat. Cuma, apa yang saya boleh katakan mungkin orang rasa saya banyak masuk pertandingan.

“Tapi bagi saya, untuk join Famili Duo ni pun atas jemputan Bella Astillah. Kalau orang lain, mungkin saya takkan terima.

“Bagi Wani, kak Bella one of my family member dan saya rasa saya patut tolong dia. Kalau ikutkan saya dah pasang niat untuk taknak bertanding, tapi disebabkan ini duet, jadi saya terima sebagai another exposure untuk orang kenal saya,” katanya.

Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kamu-Kamu itu juga menyatakan dirinya tidak serik untuk menerima segala kritikan dari juri, sebaliknya mengangga perkara itu sebagai proses pembelajaran.

“Ada juga bercakap, saya dah berada di level yang lain tapi kenapa masih lagi mahu masuk pertandingan dan dikritik. Tapi bagi saya, sebenarnya kritikan juri ni yang saya suka.

“Dalam setiap pertandingan, saya tak tengok komen orang lain, saya tengok komen juri tu sendiri sebab saya rasa itu adalah sesi pembelajaran yang percuma dari juri yang memberi komen.

“Saya perlukan komen-komen dari juri itu untuk saya sedar apa yang saya boleh perbaiki kekurangan dalam setiap nyanyian yang saya bawakan. Of course, saya nak jadi penyanyi yang baik, itulah target saya sebenarnya.

“Nak kata muka tebal tu, tidak sebab ada masa saya menangis tapi kekuatan yang saya dapat tu saya jadikan sebagai cabaran untuk buktikan kepada mereka yang saya boleh lakukannya,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Wani ketika ditemui pada majlis sidang media Famili Duo Musim Terbaharu sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Saling Memerlukan, Risteena Diulit Bahagia Bersama Isa

Pelakon, Risteena Munim dan tunangnya Isa Khan kini lebih terbuka membicarakan kisah cinta mereka dan berkongsi foto-foto berdua setelah kedua-duanya mengakui dilamun cinta dan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan ketika bercuti di Bali pada 23 […]

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Lazada To Sell G-Dragon Limited Edition Merchandise!

G-Dragon has started his mandatory military service this week but he has prepared a special present for all of his fans!

Hiburan Sat, 5 May 2018

Peminat Pujuk KRU Batal Bubar, Ini Jawapan Norman…

“Takkan ketika usia sudah 60 tahun nanti KRU masih menari-nari di pentas. Lagi pun tiada apa lagi yang mahu dikongsi,” kata Norman.

Hiburan Sun, 30 Apr 2023

Samsons Cipta Kenangan Terindah Buat Peminat Di Malaysia

Memang betul betul kenangan terindah!

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Saya Tidak Pernah Ada Niat Menipu ’- Fattah Jawab Dakwaan Stokis MRP

gi membersihkan namanya, Fattah tampil bersama peguamnya, Encik Fakhrul dari Azaine & Fakhrul Advocates & Solicitors dalam sebuah sidang media hari ini.

Events Tue, 12 Jun 2018

Catat 400 Juta Tontonan, Rangkaian Televisyen Media Prima Kekal Nombor Satu

kejayaan besar ini didorong oleh tiga faktor utama iaitu ketetapan dan ketulusan berita, kepantasan berita yang disalurkan dan etika kewartawanan

Hiburan Thu, 14 Mar 2024