Featured By: Fatin Nurain October 27, 2022 @ 5:25pm

Pernah Target Nak Kahwin Umur 27 Tahun, Impian Ruhainies Tak Tercapai – “Sekarang Ni, Saya Ada Anak…..”

Seperti wanita lain, aktres jelita Ruhainies mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya di usia 27 tahun.

Menurut Ruhainies, hasrat itu tidak tercapai kerana sibuk fokus dengan kerjayanya dan memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada Sang Pencipta.

“Kita daripada zaman sekolah dulu dah ada target. Sebelum ni, saya target untuk berkahwin pada usia 27 tahun. Tapi sekarang ni dah terlebih tiga tahun.

“So, kita serahkan pada jodoh. Kalau ikut perancangan saya umur 30 ni nak ada anak, tapi sekarang ni ada anak kucing je,” selorohnya.

Dalam pada itu, Ruhainies turut menyatakan dirinya kini lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang soal peribadinya secara umum kerana ingin menjaga privasi dan nama baik sendiri.

“Sebelum ni saya share sebab saya pernah berjanji untuk kongsi berita gembira dalam hidup saya. Tapi bila saya share saya dapat feedback negatif tu lebih banyak daripada yang positif. Lagi satu privacy saya pun dah hilang dan saya tak happy la kat situ.

“Apabila si dia pun sukakan privacy, jadi saya pun menghormati keputusan dia untuk tidak terlalu berkongsi tentang kisah percintaan kami.

“Lagipun saya risau dan berhati-hati sebab taknaklah kalau tiba-tiba tak jadi ke tak ada jodoh ke, walaupun kita tak minta semua tu berlaku. Jadi kita berserah pada jodoh, kalau dah confirm baru saya umumkan,” jelasnya.

Malah, pelakon yang bakal muncul dalam drama Sorry Naik Lori itu juga menyatakan kini kehidupannya kembali tenang apabila pengikutnya lebih ingin mengambil tahu tentang perkembangan kerjayanya berbanding kisah cinta.

“Sejak saya share sebelum ni karier saya tenggelam sebab orang lagi ingin ambil tahu tentang personal life berbanding kerjaya lakonan saya. Jadi saya ambil pendekatan untuk fokuskan kepada kerjaya saya dahulu.

“Saya sedar apabila saya tidak terlalu berkongsi tentang kisah peribadi saya, orang pun jadi fokus perkembangan kerjaya saya balik. Jadi saya pun lebih happy sebab dapat lebih banyak dapat feedback positif,” katanya.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Ruhainies ketika ditemu bual di majlis sidang media drama Sorry Naik Lori, semalam.

Sedikit maklumat, drama bersiri Sorry Naik Lori bakal ditayangkan secara strim menerusi platform iQIYI, pada 4 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Abang Lori? 3 Kali Pertimbangkan Tawaran, Nazim Othman Kekok Bawa Watak Komedi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Featured Mon, 13 May 2019

Cara mengqada puasa Ramadan dan membayar fidyah yang ramai keliru  

5 sebab membolehkan seseorang itu dikecualikan daripada berpuasa

Featured Tue, 8 Mar 2022
Featured Fri, 1 May 2020

Kerajaan laksana PKPB mulai 4 Mei 2020

Langkah diharap dapat imbangi ekonomi negara

Hiburan Fri, 1 Nov 2019

Acara Karpet Merah, Siapa Yang Lebih ‘Mantul’ Tahun Ini?

Wow, nice jugak busana artis-artis pada malam ni!

Trending Thu, 23 Jan 2020

[Viral] Isu Foto Tidak Bertudung Tular, Ali Gatie Backup Sharifah Rose?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya