Featured By: Fatin Nurain October 16, 2022 @ 1:36pm

Pernah Terima Bayaran RM50, Aina Abdul Kenang Kisah Sebelum Bergelar Anak Seni – “I’m A Yes Girl”

Penyanyi Aina Abdul tampil mendedahkan kenangan pahit sebelum dirinya menempa nama dalam industri muzik tanah air dan mencipta pelbagai kejayaan seperti kini.

Menurut Aina, sebelum bergelar seorang anak seni, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menyanyi biarpun bayaran yang diterimanya tidak setimpal dengan jumlah lagu yang didendangnya.

“Saya pernah merasai menyanyi 20 lagu satu malam dengan bayaran hanya RM50. Bukan makan seorang, kena bahagi dengan lima pemuzik. Menyanyi tiga malam tanpa ada sesiapa di hadapan.

“Pengorbanan saya? Menanam dalam rasa penat dan kecewa. Saya teruskan. Ada orang atau tidak, berbayar atau percuma, kerjaya seni saya perlu terus hidup. Saya pegang satu prinsip, menyanyilah seperti ini adalah persembahan terakhir saya.

“Mungkin sebab itu orang melihat saya seperti sekarang, tegar walaupun dibadai ombak. Saya sudah telan pahit industri seni. Tetapi kini, saya merasai manisnya pengorbanan itu,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Aina turut mengakui dirinya pernah hilang jati diri kerana tidak berani bersuara dan sering tunduk akan suruhan orang sekeliling.

Namun, kini penyanyi itu lebih selesa menjadi diri sendiri dalam menentukan segala hala tuju dan identitinya tersendiri.

“Pemikiran saya dulu dan sekarang sangat berbeza. Dulu saya takut, terlalu mengikut suruhan orang, Tidak berani membantah. Orang cakap A, saya ikut A. Tidak ada tidak. I’m a yes girl.

“Saya bukan jenis pemarah. Saya pilih berdiam diri tetapi lama-kelamaan, diam itu menikam dan memakan jiwa. Saya hilang jati diri. Sudah tidak ada hala tuju dan identiti sendiri. Semuanya mengikut acuan orang.

“Tetapi, sekarang saya tanya diri sendiri. Jika ada yang bercanggah dengan prinsip, saya tidak takut untuk mengatakan tidak. Lama kelamaan saya sedar, menjadi diri sendiri adalah perisai terbaik,” ujarnya.

Biarpun sering menerima kecaman gara-gara kunikannya dalam berfesyen, kini pelantun lagu Sumpah itu mengakui dirinya lebih tenang untuk mengekalkan kejayaannya dalam industri kerana mempunyai pasukan sekerja yang baik.

“Sekarang, saya seronok pergi kerja. Saya memiliki pasukan yang cukup hebat. Mereka tiada ganti. Susah senang bersama. Kami sama-sama hadap kecaman dan pujian. Sama-sama merasakan pahit dan manisnya.

“Malah, pengurus saya juga selalu melindungi dan menjadi perisai serangan kata-kata nista segelintir warganet. Dia terlebih dahulu hadam sebelum saya membacanya. Tetapi jujur, tiada apa yang boleh melukakan saya lagi,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Trending Tue, 10 Mar 2020
Trending Thu, 26 Mar 2020

7 Petugas Istana Sah Positif COVID-19, Tuanku Agong Dan Raja Permaisuri Kini Jalani Tempoh Kuarantin

Semoga Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong dilindungi sentiasa..

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nelissa Nezam langgar pantang?

Tapi kalau macam ni punya ‘hot’ lah, terus berkobar-kobar rasa nak ke gim. 

familuv Mon, 27 Apr 2020

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Ibu bapa perlu didik anak mengerjakan sembahyang

Featured Tue, 14 Dec 2021

Doja Cat Positif Covid-19

Penyanyi terkenal Doja Cat mengumumkan dia disahkan positif wabak Covid-19 melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya. “Dukacitanya, saya rasa sedih untuk berkongsi bahawa saya baru sahaja diuji positif Covid-19 dan tidak dapat membuat persembahan di […]

error: Content is protected !!