Hiburan By: SGMS Enal January 12, 2018 @ 7:01pm

Pernikahan Kali ke-2 Saerah Belum Sedia Kongsi Tarikh

“Tarikh itu biarlah rahsia,” demikian kata penyanyi Siti Saerah, 34, yang memilih untuk merahsiakn dahulu tarikh pernikahan kali kedua dengan jejaka pilihan hati yang juga kenalan lamanya, Mohd Sharidan Johari, 31. 

Saerah yang belum bersedia berkongsi tarikh rasmi perkahwinan mereka itu meluahkan rasa syukur apabila proses pertemuan kali pertama keluarga kedua pihak berjalan lancar. 

“Apa yang pasti, proses pertemuan untuk mengenali hati budi antara kedua belah pihak yang berlangsung semalam berjalan lancar dan kami sepakat memilih tarikh pernikahan. 

“Sampai masanya nanti saya akan maklumkan tarikh bahagia kami. Doakan semua berjalan lancar,’ katanya. 

Adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu sebelum ini mengakui hatinya kembali berbunga selepas bertemu kembali dengan Sharidan setahun lalu. Difahamkan, mereka mula kenal sejak 2009. 

Ujar Saerah, selepas bergelar ibu tunggal hampir empat tahun dia sedar perlukan teman hidup bagi memberikan kata-kata semangat dalam apa jua keadaan. 

“Pendek kata, saya memang kena ada pasangan. Lagipun sekarang dia membantu saya dalam menguruskan kerjaya seni. Jadi, mahu atau tidak dia memang sentiasa bersama. 

“Saya anggap pertemuan bersamanya sudah ditakdirkan dan dia terima status saya sebagai ibu tunggal. Tambah pula dia mudah mesra dan anak pun rapat dengannya,” tuturnya. 

Hasil perkongsian hidup dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober 2010, mereka mempunyai tiga anak, Ummi Umairah, 7, Ahmad Daiyan, 6, dan Ahmad Aisy, 4. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Drama Manakah Bakal Menjulang Drama Terbaik 2018?

Saksikan malam berprestij ASK2018 sebentar lagi!

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Expensive Modern Art Piece Vandalised By Childish Wanna One Fans

The artwork costs more than RM2 million!

Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 29 Dec 2021

“Ibu Look, I Made It” – Zynakal Tak Sangka Menang Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi Zynakal meluahkan rasa gembira apabila memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa. Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq […]

Featured Tue, 12 Apr 2022
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

汇集各国影视人才!第三届马来西亚国际电影节办一系列电影座谈会

马来西亚国际电影节联手国家电影发展局(FINAS)举办一系列电影座谈会,邀请各国影视人才,探讨电影中的奥妙与启发。