Hiburan By: SGMS Faida January 26, 2019 @ 9:37pm

Persedian Untuk AJL Ke 33, Jaclyn Victor Lebih Kerap Karaoke

Enam hari menuju Juara Lagu ke 33, penyanyi Jaclyn Victor mengakui rajin menjalani aktiviti karaoke bagi memantapkan vokal suara.

Jaclyn ketika ditemui di Prelude Anugerah Juara Lagu 33 di KL Live sebentar tadi memaklumkan dia turut mengikuti kelas dengan guru vokal, Cikgu Shafi.

“ Setakat ini saya sudah empat kali menghadiri kelas vokal bersama beliau. Sebelum ini saya tidak pernah tahu mengenai teknik tepat seperti bubbling.

“ Cikgu Shafi juga banyak memberi nasihat agar melawan rasa takut kali ini. Walaupun banyak kali membuat persembahan di pentas, saya mengaku rasa takut kali ini,” katanya kepada XTRA.

Tambah Jaclyn, dia bertemu dengan rakan duetnya Siti Nordiana hampir setiap hari bermula minggu ini bagi menjalani sesi latihan bersama.

“ Lagu ini bukan lagu mudah. Kami akan berjumpa setiap hari bermula Isnin ini untuk lebih kerap berlatih,” katanya ringkas.

Diusik sama ada dia meletakkan sasaran untuk menang vokal terbaik bagi AJL kali ini, Jaclyn secara berseloroh memberitahu jika ada rezeki dia tidak menolak.

“ Persembahan atau vokal terbaik yang penting saya dan Nana bakal membuat persembahan paling mantap pada malam itu nanti,” akhirinya.

Jac dan Siti Nordiana bakal mempersembahkan lagu berjudul Nisan Cinta ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong pada malam AJL ke 33 pada 3 Februari nanti.

Jadi, saksikan siaran langsung konsert Prelude AJL 33 di saluran tonton dan di XTRA : www.xtra.com.my!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Hati Rita Rudaini Robek Lagi?

Semoga Pekan segera ditemui, sabar ya…

TECH Thu, 1 Nov 2018

Cara Mudah Untuk “Screen shot” Panjang pada PC

Kami kongsikan cara mudah untuk membuat Long Screenshot pada PC Windows ataupun Apple. Caranya, mudah saja!

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

‘Beliau Yang Saya Kenal, Sentiasa Jinjing Beg Telekung Ke Mana-Mana,’ -Rizalman

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya, tulis Rizalman…

Featured Thu, 7 Sep 2023

[VIDEO] Wawa Zainal, Aeril Zafrel Disakat Untuk Cium Mulut, Netizen Minta Hormat Orang Single

Alamak, bahaya la aksi ini 🤣 Sabar ya orang singleee 🤪🤭

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

DID LEE MINHO AND SUZY REALLY GET BACK TOGETHER?!

Multiple news sites are reporting that they have gotten back together in a relationship!

Featured Sun, 7 Aug 2022
Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Fri, 28 Jul 2023

Michelle Yeoh Kahwin Selepas 19 Tahun Bertunang

Aww! Congrats Tan Sri Michelle Yeoh