Persembahan Dolla Di Sebuah Festival Tarik Perhatian, Warganet Komen: “On Fire! Vibes Coachella Makin Nampak…”

Persembahan Dolla di Pinkfish Festival pada hujung minggu yang lalu berjaya menarik minat warganet kerana rata-rata peminat menyifatkan kumpulan itu mempunyai potensi yang tinggi.

Video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi peminat Dolla di platform TikTok, iDolla Official FC meraih lebih 100,000 tontonan dan menerima pujian dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyamakan kumpulan itu sama seperti band wanita popular Korea.

“Vibes Coachella makin nampak, vibes K-Pop idol yang berenergi pun makin nampak.. Dolla semakin maju, good job guys! Terus maju ke hadapan dan kabulkan Impian ‘Take over the world’.

“DOLLA ON FIRE.

“I want them go international.

“Stage presence tak main-main.

“Girl group Malaysia yang paling meletop sekarang,” komen netizen.

Dalam masa yang sama, ada juga pihak yang mengharapkan agar kumpulan wanita itu untuk terus maju ke hadapan hingga ke peringkat lebih tinggi.

@xtra_my Tidak lagi hanya di Malaysia, kumpulan Dolla yang melebarkan langkah menyertai program realiti terkini ‘Show It All China’ kini mendaki populariti selepas mempamerkan persembahan memukau dalam episod pertama rancangan itu. Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil. Selain Dolla, program tersebut turut menampilkan beberapa kumpulan wanita baharu seperti Pixxie, BoysWorld, Bini, dan G22. All the best @dolla.official ❤️‍🔥😍 Semoga dipermudahkan segala urusan🫰🏻 #fyp #xtra #dolla #firstdebut #china #tabby #sabronzo #angel #syasya #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Terdahulu, Dolla berjaya mencetus fenomena selepas membuat persembahan dalam rancangan reality ‘Show It All’ di Tembok Besar China pada Mac lalu.

Untuk rekod, Dolla dianggotai oleh empat ahli termasuk Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Namun, salah seorang anggotanya, Syasya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli Dolla atas sebab peribadi.Persembahan Dolla di Pinkfish Festival pada hujung minggu yang lalu berjaya menarik minat warganet kerana rata-rata peminat menyifatkan kumpulan itu mempunyai potensi yang tinggi.

Video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi peminat Dolla di platform TikTok, iDolla Official FC meraih lebih 100,000 tontonan dan menerima pujian dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyamakan kumpulan itu sama seperti band wanita popular Korea.

“Vibes Coachella makin nampak, vibes K-Pop idol yang berenergi pun makin nampak.. Dolla semakin maju, good job guys! Terus maju ke hadapan dan kabulkan Impian ‘Take over the world’.

“DOLLA ON FIRE.

“I want them go international.

“Stage presence tak main-main.

“Girl group Malaysia yang paling meletop sekarang,” komen netizen.

Dalam masa yang sama, ada juga pihak yang mengharapkan agar kumpulan wanita itu untuk terus maju ke hadapan hingga ke peringkat lebih tinggi.

Terdahulu, Dolla berjaya mencetus fenomena selepas membuat persembahan dalam rancangan reality ‘Show It All’ di Tembok Besar China pada Mac lalu.

Untuk rekod, Dolla dianggotai oleh empat ahli termasuk Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Namun, salah seorang anggotanya, Syasya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli Dolla atas sebab peribadi.

Dhia Iwana