Hiburan By: Khairil Khusyairi September 20, 2022 @ 6:18pm

Persoal Konsert Di Kelantan, Baby Shima ‘Disekolahkan’ PU Syed

Penyanyi kontroversi, Baby Shima sekali lagi menjadi bualan hangat warganet apabila memuat naik perkongsian berbaur sindiran kepada pendakwah bebas, PU Syed.

Umum mengetahui, PU Syed antara individu yang lantang bersuara mengenai isu persembahan konsert-konsert yang diadakan di Malaysia.

Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram Stories, Baby Shima mempersoalkan mengapa pendakwah-pendakwah bebas berdiam diri terhadap konsert yang dikatakan dianjurkan selama tiga hari di Kelantan baru-baru ini.

“Kelantan ada konsert. Mana suara PU, ustaz, ustazah media sosial.

“Ummah dan PU, ustaz, ustazah media sosial tak nak buat demo ke! Haritu kata nak buat demo besar-besaran!.

“Satu jari tunjuk kepada orang, empat jari balik ke? Kalau Shima laju je bersuara,” tulisnya.

Sementara itu, Shima juga turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan kenyataan pendakwah bebas PU Syed yang pernah menegur konsertnya bulan lalu.

“Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke? bagitahu dekat penguasa, pbt, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu.

“Tak aci konsert kita je berkali kali awak menyalak..konsert dekat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap??

“Bukan ke awak kata konsert haram..amboi isu terpilih je ke berani?,” tulis Shima.

Tampil membalas dakwaan yang dibuat Shima, PU Syed berkata dia tidak pernah sekali memilih atau mengecualikan mana-mana artis untuk dibantah dari terus menganjurkan konsert.

“Menegur dan membantah disamakan seperti menyalak bagi artis ini.

“Jika beliau sebut ambe (saya) tak tegur ianya memang silap sekali.. dan buat pengetahuan beliau, ambe ni bukanlah hari-hari nak mencari mana tempat yang diadakan konsert kecuali semua itu diberitahu oleh orang lain.

“Dalam isu di Ketereh, ambe telah catatkan catatan (di Facebook) semalam, semoga artis ini membacanya dengan baik supaya dia juga boleh mematuhinya.

“Jangan pula kata ambe berdiam diri dan memilih-memilih artis untuk ditegur,” tegasnya.

PU Syed turut memberi pesanan supaya penyanyi dangdut tersebut berubah jika sedar persembahannya tidak senonoh dan melanggar syariat Islam.

“Sebelum ambe terlupa, jika dah sedar diri bahawa cara pembawakan kamu dalam persembahan adalah tidak senonoh dan melanggar syariat Islam..maka berubahlah,” tutupnya.

Sumber: Instagram babyshimaofficial pusyed_official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 15 May 2019

Ini Antara Benda Underrated Yang Korang Patut Try Apabila Melawat Perth!

Wah! banyak rupanya tempat dan aktiviti underrated korang boleh buat dekat Perth. Jom tengok!

Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Ucap Selamat Tinggal Kool FM, Liza Tumpu Bisnes Produk Kesihatan

Akui Liza, walaupun sedih terpaksa meninggalkan Kool FM yang sudah dianggap sebagai keluarga keduanya itu, Liza melihat situasi ini dari sudut positif.

Featured Mon, 17 Oct 2022

Ibu Tepis Dakwaan, IsmailI Izzani Hamilkan Gadis & Kahwin Senyap-Senyap

Allahuakbar.. Siapa lah yang sebar cerita ni?

Featured Thu, 8 Feb 2024

Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Serius lah??? Jangan ketepikan mak bapak demi cinta . Susah nanti! 😤

Featured Thu, 4 Apr 2024

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Allahuakbar! Geramnyaaaa dengar bila Bella cakap Ruhainies buat-buat terkejut😡😡😡

Featured Wed, 7 Sep 2022