Pertama Kali Ke Luar Negara Seorang Diri, Amir Masdi Buat Research Pergi Konsert Harry Styles – “Bukan Nak Enjoy 100%…”

Penyanyi Amir Masdi berkongsi pengalaman menonton konsert Harry Styles, Love On Tour di Singapura pada bulan Mac lalu.

Menurutnya, perjalanan ke Singapura adalah pengalaman pertama dia mengembara ke luar negara seorang diri.

Menjadikan penyanyi antarabangsa itu sebagai idola, dia mengakui Styles banyak mempengaruhi muziknya.

“This is my first experience went to a solo trip to oversea, Singapore, especially alone, I tak pernah buat benda tu just to see Harry Styles perform live which is he’s my idol.

“Dalam industri muzik ni, banyak influence saya ambil daripada dia juga,” katanya.

@amir.masdiHarry Styles Love On Tour. I dont do travels much, especially alone but this one was definitely worth it

♬ Late Night Talking – Harry Styles

Katanya lagi, dia pergi menonton konsert tersebut untuk membuat kajian dan belajar cara menjadi penghibur yang hebat.

“So banyak benda yang I study dari konsert dia, how he performs, how he reacts dengan audience semua and also the music itself.

“Its a good experience. Bukan nak enjoy 100% more to nak tengok macam mana dia sebagai penyanyi because I will be on stage anytime soon; macam mana I nak improve diri sendiri,” jelasnya.

Maya Basir