Categories: FESYENHiburan

Pertama Kali Potong Rambut, Gambar Anak Kourtney Kardashian Curi Tumpuan

Selebriti terkenal Hollywood, Kourtney Kardashian berkongsi gambar anaknya, Penelope Disick dengan penampilan terbaru.

Menariknya, kanak-kanak berusia enam tahun itu buat pertama kalinya memotong rambut pendek. 

Mungkin ramai yang terkejut kerana sejak dilahirkan, anak kepada Kourtney dengan Scott Disick ini belum pernah berambut pendek.

Rata-rata pengikut Kourtney menyukai penampilan terbaru Penelope yang dikatakan lebih segar dan sesuai dengan usianya.

Ramai juga mengatakan Penelope kelihatan seperti ibu saudaranya, Khloe Kardashian. 

Dalam masa sama, wanita itu juga sempat memuatnaik gambar dengan status lucu iaitu ‘Penelope mungkin obses dengan saya, lihat saja rambutnya betapa comelnya dia!’

SGMS Faida