Hiburan By: Padin August 5, 2022 @ 11:23am

Pertaruhkan Adat Budaya Negeri Sembilan, Penerbit & Pengarah Gadis Jolobu The Movie Optimis

Pengarah filem Gadis Jolobu The Movie (GJTM), CL Hor bersikap optimis filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie bakal menerima sambutan positif penonton.

Menurut Pengasas Zebra Studio itu, dia percaya filem yang menzahirkan warna-warni adat dan budaya masyarakat Malaysia ini mampu menerima sokongan sama standing filem-filem genre lain.

“GJTM memaparkan adat dan budaya warna-warni Negeri Sembilan serta diperkayakan dengan sinematografi persekitaran kampung. Ditambah pula, elemen komedi untuk menambahkan perisa memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

“Meskipun saya berbangsa Cina, tidak sukar untuk saya memahami dialek Negeri Sembilan selepas membaca skrip berulang kali.

“Banyak kali saya ulang dan ulang skrip, penulis skrip juga sangat membantu dan menolong saya menterjemah, jadi tidaklah susah sangat. Saya juga mementingkan Bahasa tubuh agar ia mudah difahami orang ramai,” katanya.

Projek yang dimeterai syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

Sementara itu, Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, berkata pihaknya juga merancang untuk melakukan wayang pacak di sekitar Negeri Sembilan.

“Kami akan buat sesi wayang pacak GJTM sekitar Negeri Sembilan. Mungkin pada September hadapan selepas tayangannya di pawagam. Kami mahu bawa balik vibes filem P Ramlee seperti nyanyian dalam dalam filem.

“Melihat kepada sambutan filem Mat Kilau yang mencecah kutipan RM90 juta, Insya-Allah, filem Gadis Jolobu ada potensi. Tapi sebagai penerbit, saya tidak mahu mengatakan filem ini boleh mencapai angka besar.

“Tipulah kalau saya tak letak harapan, tapi tidaklah mengharap sehingga puluhan juta. Genre filem GJTM berbeza berbanding Mat Kilau dan bajetnya juga tak sama. Jadi saya tak nak ‘pressure’ dan hanya mahu orang ramai ‘enjoy’ GJTM di pawagam,” katanya.

CL Hor dan Saraleana ditemui pada majlis tayangan filem Gadis Jolobu The Movie di GSC Starling Mall, baru-baru ini.

GJTM memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dalam usaha mencari jodoh di kampung halaman.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem Gadis Jolobu The Movie akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara pada 4 Ogos ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Sep 2020
Trending Thu, 29 Nov 2018

Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Wow!

Neelofa ajar Bella cara makan nasi lemak!

Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Trending Tue, 14 May 2019

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Betul ke Aliff Aziz ni? Haih, bulan ramadan pun nak check in hotel ke bang?

Trending Wed, 27 Nov 2019

Secret Recipe Malaysia Came To The Rescue When A Malaysian Uncle Can Only Afford His Wife A Burger On Her Birthday

This is the sweetest thing we’ve ever seen and we really hope the wife had the birthday of her lifetime.

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mamak Puteh’s Turn to Finally Bring Home the RM10,000 Prize

Luck was on Mamak’s side last night!

error: Content is protected !!