Categories: HiburanSelebriti

Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret Di Shanghai, Neelofa Akan Ke Sana

Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa melakar nama apabila dia akan diterbangkan di sebuah negara maju di Shanghai, China untuk menyaksikan pertunjukan fesyen rekaan Victoria’s Secret.

 

Kehadiran Neelofa ke pentujukan itu telah diumumkan oleh gadis ini melalui akaun instagram miliknya. Tahun ini merupakan satu pertunjukan fesyen yang dinanti-nantikan dan kehadiran Neelofa dibawa khas oleh telefon pintar OPPO dimana Neelofa merupakan duta telefon pintar berkenaan OPPO F5 6GB (edisi merah). 

Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret akan diadakan di Shanghai, China pada 20 November ini. Bukan itu sahaja Neelofa juga merupakan artis Malaysia pertama yang menghadiri pertunjukan  fesyen Victoria’s Secret.Victoria’s Fashion Show merupakan impian setiap gadis untuk melihat secara langsung pertunjukan tersebut namun tuah buat gadis tinggi lampai ini untuk menyaksikan sendiri detik-detik indah itu. Antara supermodel yang akan meragakan rekaan Victoria’ Secret  adalah Candice Swanepoel, Lily Aldridge dan ramai lagi.

SGMS Enal