Hiburan By: SGMS Faida November 8, 2019 @ 12:00pm

Pesan Yung Raja Dalam ‘Mad Blessings’

“Mama said shine on them all”. Yung Raja kembali dengan sebuah single berserta video muzik yang ceria bertajuk, “Mad Blessings”.

Ini merupakan keluaran pertama artis kelahiran Singapura ini di bawah kerjasama antara MADEYOUFAMOUS dan gergasi hip-hop serantau Defam Asia Tenggara.

Melalui lagu terbarunya, Yung Raja berjaya mengingatkan para pendengar mengapa dia bukan sahaja salah satu nama besar dalam dunia hip hop Asia Tenggara tetapi juga seorang ‘duta’ yang berpotensi besar dalam masa depan hip hop yang berbilang budaya.

Menampilkan persembahan dalam Bahasa Inggeris dan Tamil, lagu ini merupakan satu perayaan warisan serta identiti yang megah dan lantang.

Dalam hip hop anda tidak boleh lupakan asal usul malah anda juga mewakili tempat asal anda. Itulah sebabnya ‘Mad Blessings’, terbitan penerbit tersohor Singapura flightsch, menjadi satu penghargaan bukan sahaja buat rintangan yang dihadapi oleh Raja, malah juga buat segala rintangan yang telah dilalui oleh nenek moyang yang bersusah-payah mengukuhkan identiti kami sebagai warga Asia Tenggara.

Tarikan umum ‘Mad Blessings’ sudah tentulah persembahan penuh karismatik Raja yang menggabungkan pendedahan peribadi beliau yang sangat mendalam berserta beberapa ‘punchline’ istimewa yang mampu mencuri perhatian.

Di antara titik pertemuan Bahasa Inggeris dan Tamil, kata- kata Raja menjadi saksi terhadap, kebangkitan diri sehingga kepercayaan terhadap diri sendiri dalam membantu merealisasikan impian-impian hidup.

Mad Blessings merupakan satu perayaan yang mencerminkan keindahan kehidupan dan bagaimana semuanya terjadi mengikut takdir.

“Melalui Mad Blessings saya benar-benar ingin memberikan semua orang sedikit gambaran tentang rasa syukur atas apa yang saya perolehi sepanjang hidup ini –pengalaman baik dan buruk.

“Saya harap lagu ini dapat menyuluhkan sedikit cahaya buat para pendengar, apatah lagi di saat kita sedang menjalani kehidupan di mana ramai orang mengambil mudah semua perkara”, kata Raja tentang mahakarya ini.

Di dalam klip video Jasper Tan dari Vadbibes, kegembiraan, penghargaan serta karisma (sudah tentu) dapat dirasai. Di sebalik babak-babak berwarna-warni dengan ibubapanya sendiri, Raja menunjukkan betapa bersyukurnya dirinya kerana berada di titik sekarang dalam kehidupan.

“Stay Blessed” telah menjadi satu cogan kata media sosial yang lapuk seketika tapi kini, Yung Raja, telah menghidupkan mantera yang memberi erti bersyukur dan dirahmati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

‘Awat Kulit Gelap Sangat?’, Ini Jawapan PADU Nourul Untuk Si Polan!

Psst… kalau kulit gelap memang ada menyusahkan orang lain ke?

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林子祥9月重登云顶!用微笑征服粉丝的心

林子祥9月重登云顶世界舞台,势必用微笑征服粉丝的心!

Featured Wed, 9 Aug 2023

Netizen Tampil Jadi ‘Fashion Expert’, Kritik Baju Siti Nurhaliza Macam …

Alamak, kenapa dengan baju TokTi? Lawa je min tengok😲😲😲

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Alami Masalah Turun Darah, Abby Abadi Jalani Pembedahan

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Abby Abadi, Insha Allah…

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Luahan Perasaan Hael Husaini Dalam ‘Hati’

Wow, ada gerakan baru dalam muzik video kali ni!

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

Featured Tue, 13 Sep 2022

Didakwa Pukul Anak Guna Penyangkut Baju, Bapa Pelakon Remaja Disambung Reman

Bapa pelakon remaja terbabit dirujuk di IPD Shah Alam susulan satu laporan baru yang dibuat oleh mangsa.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019